Hati-hati jika menyanyi lagu It Will Rain - Bruno Mars

Hati-hati jika menyanyi lagu It Will Rain - Bruno Mars

Bruno Mars? pernah dengar tak lagu-lagu dia? walaupun xminat tapi aku ada juga dengar.

kepada sesiapa yg suka karok, nyanyi2 lagu mamat nih tolong hayati, baca-baca lirik lagu dia tu. dalam salah satu lagu dia " It Will Rain" ada satu part tu dia sebut

There’s no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor

kalau nak nyanyi pon kat bahagian lirik tu jgn disebut tau...ingat tu

so, kita yg beragama islam ni hati-hati ye..bagi yg seagama dgn Bruno Mars tu lantak dialah

ini hanya satu peringatan untuk diri sendiri dan korang semua. lagu-lagu mat salleh memang banyak lirik-lirik yg boleh merosakkan.

sekadar dengar jgn terpengaruh.

Sembahyang itu tiang agama



Sembahyanglah kamu di belakang imam

sebelum

kamu disembahyangkan di hadapan imam


satu peringatan untuk diri sendiri dan anda semua supaya jgn tinggalkan solat walau sesibuk mana pun kita. jika berkesempatan sembahyanglah berjemaah terutamanya kepada kaum lelaki.... wallahualam

gambar dicilok dari pakcik google
Gambar kekasih dibawa bersolat

Gambar kekasih dibawa bersolat

kejap tadi sempat jugalah selak-selak, baca apa yang patut di Harian Metro online. seperti biasalah di hari jumaat mesti ada ruangan soal jawab agama iaitu Fikrah Dr Salam.

aku tertarik dengan satu soalan yang ditanya sebab aku rasa benda ni banyak dilakukan oleh orang ramai.

ada seorang hamba Allah ni bertanya mengenai gambar wanita yang bukan mahram disimpan didalam dompetnya dan status solatnya sama ada sah atau tidak.

menurut Dr Salam, solat yang dilakukan adalah SAH. gambar wanita yang bukan mahramnya didalam poket seluar itu tidak membatalkan solat.


Menurut mazhab Shafie, wuduk terbatal jika menyentuh perempuan dan sebab-sebab lain seperti kentut dan kencing.

Bagaimanapun, apabila gambar teman wanita itu mengganggu tumpuan, ia sepatutnya tidak dibawa dalam solat

Wallahualam

Game over

Setan Merah kalah 2-1 kepada FC Basle dalam Champions League malam tadi....kahkahkah suka suka suka hehe.

dengan makan tanahnya si setan malam tadi mereka gagal ke pusingan kalah mati maka hancurlah impian mereka untuk menjulang Liga Juara-Juara eropah musim ini.


apa lagi nak dikata...terima jelah hakikat..MU tidak hebat mana pon di peringkat Eropah





huahahahahaa - gelak jahat

siapa yang mencipta blogger?

mungkin korang dah tahu siapa orang yg bertanggungjawab mencipta blogger atau blogspot ye tak takpelah buat-buat tak tahu ye hehe.

orangnya adalah Evan Williams yg dilahirkan pada 31 Mac 1972 di Clarks, Nebraska, AS.


ok, tepuk tangan utk beliau hehe


Evan Williams bersama-sama Meg Hourihan co-founded Pyra Labs telah melancarkan blogger.com pada bulan Ogos 1999 yg kemudiannya telah dijual kepada Google pada bulan Februari 2003.

selain dari blogger, Evan jugalah yg mencipta Twitter

ok, lagi sekali tepuk utk beliau huhuhu


kalau bukan kepandaian kepala otak si Evan ni mungkin kita xkenal blog ye tak hehe

oopss..semua itu adalah ilmu Allah yg diberikan kpd manusia. bagi kta yg beragama Islam jika dianugerahkan sesuatu kelebihan atau kepandaian haruslah bersyukur kpdNya.
Semoga semuanya selamat

Semoga semuanya selamat

tak nak membebel panjanglah...

ok, 1st..

selamat pengantin baru kepada Aki Lala a.k.a Juryana dan pasangannya. semoga perkahwinan itu berkekalan hingga akhir hayat. terkilan juga sebab tak dapat nak meraikan majlis itu yang berlangsung di Kluang, Johor sana.


seterusnya..

selamat berkonvokesyen kepada Nurul Atiqah dan juga Nurul Ain di oversea sana hehe. tahniah. selepas ni mungkin boleh sambung master atau terus cari kerja tetap.


dan...

selamat menyambut tahun baru Hijrah 1433H. meningkat setahun lagi umur kita. maknanya masa untuk kita dijemput untuk bertemu Allah SWT dah semakin dekat.

insyaAllah jika umur panjang diharapkan tahun 1433H akan lebih baik dari tahun sebelumnya. amin.


"semoga kita semua selamat dan sentiasa di rahmati Allah SWt setiap masa. amin"

Realitinya

duit kertas sebenarnya diperbuat dari kapas bukannya kertas


sebanyak 4082kg bunga ros akan dapat menghasilkan
hanya 0.972kg ekstrak untuk dijadikan bahan campuran
di dalam pembuatan minyak wangi


gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh melompat


Sandwich Island adalah nama lama bagi Pulau Hawai


kucing, unta dan zirafah berjalan dengan cara
kaki kanan, kaki kanan...kaki kiri, kaki kiri.
sesiapa ada bela kucing cuba tengok. betul atau tak


Seekor kuda mempunyai 18 tulang lebih dari manusia


Winston Churchill perdana Menteri Britain lahir di dalam tandas
wanita ketika majlis tari-menari
Seronok bekerja

Seronok bekerja

Dalam buku 55 Petua seronok bekerja karya Dato Dr Fadzilah Kamsah ada disentuh mengenai pemberian bonus oleh majikan.

menurut penulis, tujuan utama pemberian bonus bukan semata-mata kerana kita perlu memberikan ganjaran bonus tetapi bagi menggembirakan hati pekerja. oleh itu cara terbaik harus difikirkan bagaimana cara untuk membahagiakn bonus tersebut selain dari memberikan wang tunai.

salah seorang majikan yang kreatif dalam pemberian bonus kepada kakitangannya ialah Dr Jeff Alexander.

siapa Dr Jeff Alexander?

beliau adalah seorang doktor gigi di Youthful Tooth. suatu hari beliau ingin memberi bonus sebanyak $200 kepada kakitangannya. lalu dia terfikir kalau dimasukkan wang bonus itu ke dalam gaji bulanan sudah tentu ia tidak disedari oleh pekerjanya kerana mungkin mereka akan menggunakannya untuk membayar bil, membeli lampin pakai buang atau bermacam perkara lagi yang tidak memberi kenangan berpanjangan.

lalu Dr Jeff mendapat satu idea kreatif. Dia mengarahkan supaya pejabatnya ditutup selama 2 jam pada tengah hari. kemudian dia membawa kesemua 35 orang stafnya ke sebuah kompleks membeli-belah. di situ mereka berkumpul dalam bentuk bulatan dan Dr Jeff kemudiannya memerikan setiap orang sekeping sampul surat beserta bonus $200.

"duit itu bukan duit kamu semua" jelas Dr Jeff

kakitangannya tidak mempunyai apa-apa idea tentang duit itu.

"tetapi apa-apa sahaja barang yang kamu beli daripada sekarang akan jadi milik kamu. peraturannya adalah kamu semua perlu membelanjakan semua wang tadi untuk diri kamu. masa yang diberikan adalah sejam dan kamu mesti membeli sekurang-kurangnya lima jenis barangan. duit baki yang tidak habis dalam masa sejam perlu dikembalikan. kita mulakan sekarang" dr Jeff memberikan penerangan panjang lebar.

pekerjanya seperti terkejut seketika namun kemudiannya bergegas melakukan tugasan yang menyeronokkan itu.


satu idea yang menarik bukan?






(55 Petua Seronok Bekerja - Dato Dr. Mohd Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzil Yusuf)
Nabi tidak mengamalkan sesuatu yang sia-sia

Nabi tidak mengamalkan sesuatu yang sia-sia

tahukah anda salah satu sunnah Nabi adalah menyimpan janggut. kita tidak pernah tahu atau nak ambil tahu apa istimewanya atau kelebihan menyimpan janggut selain ianya diamalkan oleh Rasulullah SAW.

namun di zaman sains dan teknologi ini ada saintis telah membuat kajian mengenai janggut lelaki.


Menurutnya, kajian oleh saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat yang berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron yang amat diperlukan bagi kesuburan wanita. Ia mampu menstabilkan kitaran haid selain menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

SUBHANALLAH!

Caranya bagaimana? Hanya melalui sentuhan. Jadi kepada sesiapa yang belum punya anak kerana ada masalah kesuburan, ataupun jarang anak dan mahu dirapatkan lagi, mintalah suami simpan janggut, dan belailah selalu janggut suamimu itu.

Ini sekali gus jadi bukti apa yang disaran oleh Islam sejak zaman silam, boleh dibuktikan secara saintifik akan hikmah dan kelebihannya.


moh kita sama-sama mengamalkan sunnha Nabi ini..



dipetik dari sinar harian...tulisan Oleh : MUHAMAD MAT YAKIM

Guinness World Records day - 17th Nov, 2011

Colin Furze rides the worlds fastest mobility scooter, with a top speed of 115.21km per hour, during the annual Guinness World Records Day in London


Paul "Tiny" Sturgess - the world's tallest professional basketball player at 2.31cm (7ft 7.26 inches) currently playing for the Harlem Globetrotters - is measured at Guinness World Records day in Canary Wharf, London


British inventor Edd China rides the world's fastest toilet - with a top speed of 68km/h - during a race at the seventh annual Guinness World Records Day in London


People attempt to set a new world record for the most people in a pair of underpants at Guinness World Records day in Canary Wharf, London


Stuntman Denni Duesterhoeft attempts to break the current Guinness world record as a 'human torch' in Hamburg, Germany. He ran for a distance of 120 metres, covered in flames.


People stand on the world's largest and longest 3D anamorphic street painting, which is 60.46 metres long with a surface area of 892 metres square, by British artist Joe Hill in Canary Wharf, London


Mirco Della Vecchia - an internationally recognised chocolate master and already record holder for the largest chocolate sculpture and the tallest ice cream - has set a new record by making a 15.09 m long and 2.03 m wide chocolate bar


Stuntman Joe Alexander catches an arrow blindfolded in Hamburg. He caught four arrows in two minutes


Ahmed Tafzi in action opening as many bottle caps as he can, with the help of his head, in Hamburg. He managed to open 24 bottles in one minute.


The largest photo mosaic measuring 1,562.39 square metres and containing 137,200 individual photographs was achieved by Smile-one Taichi Matsumoto in Nagoya, Japan


Largest Hula Hoop workout consisted of 221 students from Longleaf Elementary School in New Port Richey, Florida. The participants danced for 1 minute 44 seconds


Jana Vernunft from Hamburg breaks a wooden board with a weight attachted to her hair in Hamburg. Jana broke a total of 10 boards - a new record



http://www.telegraph.co.uk/news/picturegalleries/uknews/8896151/Guinness-World-Records-day.html

Umbrella Coat Raincoat

ketika musim hujan sekarang inilah fesyen yang boleh dipakai iaitu "umbrella coat raincoat" dijamin anda tidak kebasahan


kalau dilihat dari sisi macam bumbung beca kan ehehe

amacam? ok tak? tak payah lagi susah payah nak
pegang payung...selamba je jalan dalam hujan
bak kata penciptanya lagi.....Miss Athanasia Leivaditou "the Umbrella Coat Raincoat would allow people to carry their shopping without the need to waste one hand holding up an umbrella".
Jangan main air banjir...lintah masuk alat sulit

Jangan main air banjir...lintah masuk alat sulit

Pelajar perempuan di negeri Kelantan dinasihatkan supaya tidak 'ghairah' bermain dan mandi air banjir bagi mengelakkan berulangnya kes lintah memasuki alat sulit seperti yang dilaporkan tahun lalu.

Pengarah Pelajaran Negeri Hussain Awang berkata, pada musim banjir tahun lalu, seramai 13 orang pelajar perempuan di negeri ini yang bermain dan mandi air banjir telah dimasuki lintah dalam alat sulit mangsa.

“Jadi saya ingin menasihatkan pelajar perempuan supaya tidak bermain banjir bagi mengelak kejadian serupa berulang kerana ia boleh mengancam nyawa mereka akibat pendarahan dalaman,” katanya.



so, dengar nasihat tu ye, kang tak pasal-pasal lintah masuk dalam tuuuu bahaya woiii



kosmoonline (16/11/11)

Babun pun pandai mencuri

Seekor babun berjaya membuka pintu kereta milik Hendrik Raven dan melarikan beberapa barang.

kejadian tersebut berlaku di pinggir Cape Town, Afrika Selatan dan hanya diperhatikan sahaja oleh tuan punya kereta itu.

buka pintu pelan2...


ambil apa yang patut...(nampak tak babun tu mengendong anaknya)


dan....lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Motosikal digerak guna taik isk..isk...isk

Sebuah firma tandas di Jepun iaitu Toto telah membangunkan motosikal yang menggunakan najis manusia sebagai sumber kuasa yang boleh bergerak sehingga 80km sejam.

motosikal yang dinamakan toilet Bike Neo itu dicipta bagi membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 6% dalam tempoh enam tahun.

hmmmm ok..masalah asap akan selesai. bagaimana dengan masalah bau. motosikal ini berbau atau tidak???

cuba bayangkan beratus-ratus motosikal berkuasa taik atas jalan raya.....pergghhh semerbak baunya huhuhu

harap-harap ia tidak mengeluarkan baulah ye hehe

motosikal berkenaan juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini

brader kita kelihatan macho dengan motosikal jambannya huhu

Buaya kaler oren

Ada seekor buaya yang tinggal di Melbourne, Australia sana telah bertukar kaler menjadi oren terang.

perubahan tersebut memeranjatkan pemiliknya Tracey Sandstrom. menurut Tracey, ada kemungkinan paras pH air dalam tangki menyebabkan buaya itu bertukar warna.

oh ya lupa...buaya oren itu bernama Snappy. ala-ala Snoopy gitu huhuhu





tapikan, buaya darat macam-macam kaler ada kan?
hehe


Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney

Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa keselamatan udara akan menyiasat punca kemalangan itu






macam-macam hal.....mabuk ke apa pilot nih
Uji Rashid, Rakan-rakan Dipenjara 10 Tahun Cuba Rompak Kapal

Uji Rashid, Rakan-rakan Dipenjara 10 Tahun Cuba Rompak Kapal

JOHOR BAHARU, 30 Sept (Bernama) -- Seorang lelaki Indonesia bernama Uji Rashid dan lima rakannya yang cuba merompak sebuah kapal dagang di perairan Tanjung Piai, Pontian, 19 Sept lepas dihukum penjara 10 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Jumaat.

Uji, 33, Rudiarto, 39; Andagunawan, 27, Edi, 45, Saleh, 45, dan Khairu Fahmi, 25, semuanya berasal dari Dumai, Indonesia, mengaku bersalah cuba melakukan rompakan secara berkumpulan di kapal MT Sky Jupiter pada 12.49 pagi hari berkenaan.

Mereka yang bekerja sebagai buruh dituduh melakukan perbuatan itu pada kedudukan garis lintang satu darjah 15.44 minit Utara dan garis bujur 103 darjah 28.26 minit Timur di dalam perairan Malaysia pada jarak lebih kurang 2.65 batu nautika perairan berkenaan.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 397 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, denda dan sebatan.

Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan keterangan pihak pendakwaan dan senarai barang kes.

"Kesalahan yang dilakukan ini adalah berat, oleh itu setiap kamu dijatuhi hukuman 10 tahun berkuatkuasa dari tarikh tangkapan dan empat kali sebatan," katanya.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mirza Muhamad, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.


http://bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=616879

Mesej tersembunyi

hanya perlu lipat-lipat secara lintang-pukang maka muncullah mesej tersembunyi di wang kertas Amerika nih..

boleh terfikir pulak diorang ni yer huhuhu

moh kita tengok...

united we stand


trust no one


the kids are alright


the heat is on


the end is near


the american idol


holy shit


ahahaha tu dia wehh....

apa kata cuba lipat2 duit kertas ringgit kita
agak2 ada muncul tak mesej2 tersembunyi camtu

cer lipat tengok huhuhu