makan di padang

makan di padang

pernah tak korang makan2 di Padang?...bukan padang bola tpi food court di SriSerdang yg org panggil padang.

mereka2 yg tinggal di area Sri serdang mesti taukan kat mana tempatnya. tempat yg biasanya menjadi tumpuan budak2 UPM menjamu selera. harga makanan kt sini bgi aku kira ok la.

aku ingat lgi beberapa waktu dulu terjadi satu eksiden di salah satu gerai makan kat sni. bukan eksiden kereta ke apa tpi satu kemalangan kecil yg melibatkn aku. xdelah melibatkan kerugian harta benda yg besar. malu ada lawak pon ada masa kejadian tu berlaku.

satu petang tu aku nk tapau nasi. biasanya klu sorang2 aku beli mkn kt rumah. ntah macam mana masa nk bayar tu mata aku terpandang seseorang. toksah tanya la lelaki ke pompuan. korang agaklah sendiri hahah.

mata pandang kelain kaki terus berjalan ..tiba2...gedeganggg!!!

aku terlanggar satu kerusi. atas kerusi tu pulak tuan punya kedai letak straw2 minuman. abih berterabur straw tu...sib baik jugak aku tak tergolek kt situ huhuhh

tym tu toksah cakaplah..malu siot..semua dok pandang huuuuuu

berbakul-bakul aku mintak maaf kt akak tuan punya gerai tu. akak tu masih boleh senyum lagi. aku nk bayar harga straw2 tu tpi dia cakap tak payah. sikit je katanya.

sejak hri tu aku tak pegi lgi ke gerai akak tu..bagi korang mungkin rasa biasa je kan..tpi bagi aku, malu wehhh hahah

bila diingat balik cam lawak pulak


moral of the story...masa berjalan, mata pandang ke depan


ok, adios...petang karang aku blogwalking..ada kejer kt luar

Doa Siti Sarah

Doa Elak Diri / Anak Perempuan dari dizalimi

Oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman

Berikut (lampiran) adalah doa yang beliau bacakan untuk kita amalkan untuk diri dan anak-anak (yang ada anak-anak perempuan). InsyaAllah kita dan anak-anak akan terhindar dari menjadi mangsa PERKOSAAN!!

Jangan ketawa, jangan ingat jika ada di antara anda adalah mak-mak orang, nenek yang berumur 74 tahun pun baru diperkosa tak lama dahulu.

So, moga2 ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah membaca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja yang zalim ketika itu. Menurut Ustaz (dalam kuliyyahnya), doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapat perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.


~Sila klik pada ayat-ayat tersebut untuk imej yang lebih terang.~



1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Aku dan dia part ii

aku: sebenarnya apa sbbnya akak xnak kawen lg sekarang nih

dia: banyak...pertamanya, tak ready lg....dan ada satu benda yg akak nak buat sebelum kawen.

aku: apa???

dia: adalah...rahsia

aku; alahh..rahsia2 pulak...cakaplaaa

dia: err sebenrnya kalau boleh akak nak....jalan2 round dunia

aku: waaa best tu...klu bawak sy sekali lg baik..heheh

dia: heh..bestkn klu dpt pegi Paris, London, Rome...Mekah sudah semestinya..dan banyak lgi lah....Ni nk pegi mana??

aku: Afrika

dia: Afrika?? buat apa kt sana??

aku: :)


kenapa aku nak pegi Afrika. sbbnya aku nak tgk binatang liar kt safari sana huhuuu. mmg best lah tgk secara live gajah, rimau, zirafah yg bebas berkeliaran. tak macam kt zoo..terkurung

sebelum dpt gi sana...tengok jelah gambar2 yg dicilok dri lebai google nih







wahhhhh bestkan klu dpt pergi sana

insyaAllah, satu hari nanti

....................

Transformers: Dark of the Moon

tengok trailer T3-DOTM nih....gempak siotttttttt
gedegangggg



akan ditayangkn di Malaysia pd 30 Jun 2011..

wohohohoooooo lgi 4 bulan tuuuuuu..lamanya

tak saba da nihhh


tuan pengarah, michael bay



awek aku, megan fox..xde dh lam transformers 3 nih...hampeh

pengganti dia rosie huntington memegang watak carla...
ermmm lawa jugak tu



teeeeeeeettttttttttt......

MINI Rocketman

sebelum ni aku ingatkn model Cooper S dan D adalah model mini yg agak hensem tpi rupa2nya Rocketman lebih macho dan bergaya.

model rocketman adalah versi model klasik mini tahun 60an yg diubah suai dgn mengekalkan saiz asalnya setelah penggemar model mini tidak berpuas hati dgn model2 yg lain rekaan BMW yg di katakan terlalu besar berbanding model mini asal.

model2 mini ciptaan BMW ukurannya lebih dari 12 kaki berbanding dgn model asal mini 50 tahun lalu yg hanya berukuran 11 kaki panjang.

model Rocketman nih akan dipamerkan di Geneva Autoshow bgi mendapat respon org ramai terhadap model tersebut sebelum ia dijual.

kalau model Cooper harganya pon lebih dri 100 ribu aku surelah harga Rocketman ni mungkin
lebih mahal lagi dri semua model mini yg lain.

ok meh layan gambar2 kereta comel nih..kat negara kita xde lgi nih

tapi kalau dpt Mini Cooper S pon dah kira bagus huhuuuuuuu

mengancam siottt...berkenan aku









p/s: buat hantaran boleh jugak nih ehehe
kelebihan malam jumaat

kelebihan malam jumaat

Hadiah Malam Jumaat (Pengalaman Salih Al Mazi)

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid Jamik untuk mengerjakan solat subuh.

Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.

Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka.

Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih..

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan sapu tangan.

Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan, Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.

Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya.

Tapi sebelum dia masuk, Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya.

'Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?' tanya Salih Al Mazy. 'Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?' tanya pemuda itu.

'Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?' tanya Al Mazy lagi.

Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat.

Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang- orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya. Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliau pun berjumpa ibu si pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan Al Maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.
Kemudian ia berkata :'Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.

Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya.'

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerana tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

'Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu.' kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut.

Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. 'Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untuknya selama aku masih hidup.' Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.

Pada suatu malam Jumaat di selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah.

Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata : 'Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. '

'Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat.' katanya lagi.

'Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?' tanya Al Maizy.

'Ya, Tahu.' 'Apa tandanya?'

'Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata 'Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat.' Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.


(Petikan kisah Wali-Wali Allah (2) terbitan syarikat Nurulhas).

'Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun' (Sabda Rasulullah SAW)

Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu.

Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapat kemenangan yang besar.' (Surah Al-Ahzab:71) '

Jom melancong...

Suka melancong tak?..apa kata korang datang ke tempat2 nih. 5 tempat ni telah disenarai oleh tripvisor sebagai tempat paling kotor di dunia.

apa lagi, kumpul duit jom terbang ke sana huhuhuu


1. The Blarney Stone, Ireland
Dipercayai bahawa sape2 yang cium The Blarney Stone ni akan dikurniakan dengan kebolehan bercakap atau memujuk ala-ala salesman berjaya la kan. Awalnya bermula dengan kisah seorang peguam kepada pembina Istana Blarney yang disuruh mencium batu tu sebelum pergi ke satu perbicaraan. Dalam perbicaraan tu, dia bercakap dengan bagus dan akhirnya menang. So, dari situ, ramai lah pengunjung yang datang untuk cium batu tu.

nak cium batu tu ada caranya jugak...tengok tu, korang berani ke nk buat camtu


2. Seattle Gum Wall, Amerika

Seperti yang korang nampak, Wall of Gum ni adalah dinding yang dipenuhi dengan chewing gum yang dah dikunyah dan ditampal ke dinding ni dan menurut Wikipedia, chewing gum tu setebal beberapa inci dari dinding dan setinggi 15 kaki. Mulanya, dinding tu ada juga dibersihkan tapi sebab dah tak larat nak bersihkan, dibiarkan je. Akhirnya jadi tumpuan pelancong pula. Siap ada babak dalam filem Love Happens lakonan Jennifer Aniston difilemkan kat sini.

Dinding yang dipenuhi chewing gum yang pelbagai warna tu memang nampak cantik kan? Tapi terfikir pula, macamana la agaknya bau-bauan di sini kan? Eeeeuwww… baru fikir pun dah rasa macam nak muntah hijau..huhu


3. Oscar Wilde's Tomb, Perancis
Satu lagi tempat berkuman yang popular iaitu batu nesan Oscar Wilde di France ni. Tengok kat batu tu yang penuh dengan kesan lipstick. Itu belum kira yang takde kesan lipstick kan? Oscar Wilde’s Tomb ni jadi tempat ciuman kepada mereka yang mengagumi kisah cinta hasil tulisan Late Oscar Wilde ni. Disebabkan batu tu dah dicium oleh beribu-ribu atau mungkin berjuta-juta orang, nampak sangatlah ianya memang wajib tersenarai antara tempat terkotor kat dunia.


4. St Mark's Place, Venice
St.Mark’s Square ni pula adalah tempat terletaknya banyak monument penting Venice. Dahulunya memberi makan pada pigeons adalah aktiviti pelancong yang utama kat sini. Makanan pigeons ni iaitu jagung dijual kat gerai-gerai sekitar. Tapi disebabkan kegiatan ni bawa kerosakan pada beberapa bangunan kat situ, kerajaan Venice pun mengharamkan aktiviti tu. Tapi si pigeons ni semua manalah tau dah haram kan? So, mereka still datang ke tempat tu. Dikatakan di siang hari, tempat ni sesak dengan pelawat dan pigeons. Aiseh..bayangkanlah najis-najis burung yang bertaburan. Silap haribulan, pelawat pun bawa balik najis pigeons sebagai cenderamata! haha


5. Grauman's Chinese Theatre, Amerika
Grauman’s Chinese Theathre ni adalah sebuah teater yang terletak sepanjang Hollywood Hall of Fame. Di sini, ada beribu-ribu handprints, footprints dan autograf dari selebriti top dunia. Mouth print pun ada juga tu! Dan setiap orang yang datang berkunjung ke situ mesti nak membandingkan anggota badan mereka dengan semua handprints, footprints dan semua prints yang ada di situ......

mouth print tu ko punya ke husz hehe


misi ke olimpik bermula

Malam ini pasukan bolasepak kebangsaan akan beraksi menentang Pakistan dlm usaha utk melayakkan diri ke Sukan Olimpik London 2012.

Tiket MAS vs PAKISTAN

Adalah dimaklumkan tiket-tiket bagi perlawanan kelayakkan Olimpik 2012 antara Malaysia dengan Pakistan akan mula dijual pada Selasa, 22 Februari 2011. Maklumat waktu dan tempat penjualan tiket adalah seperti berikut:

22 Feb (Selasa) - Wisma FAM, Kelana Jaya (9 pagi hingga 5 petang)
23 Feb (Rabu) - Wisma FAM, Kelana Jaya (9pagi hingga 4 petang)
- Pintu A Stadium Shah Alam (mulai 4 petang)

Harga tiket bagi perlawanan yang akan berlangsung pada 23 Februari ini adalah RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun.
Perlawanan akan bermula pada jam 8.45 malam.


kalau tak mahu ke stadium, sila tgk di kaca TV anda, Astro Arena

RTM aku tak pasti ada siaran langsung ke tidak.



dah lama sgt Malaysia tak beraksi di SUkan Olimpik dlm acara bolasepak nih
kali terakhir 1980 dulu..huuuuuuuuuuu lamanya

sama2lah berdoa agar kemenangan berpihak kdp Harimau Malaya. amin

.............................................................................

awal pagi esok pula The Red Devils akan menentang Marseille dlm aksi
pusingan pertama Liga Juara2 Eropah, di Paris.

marilah kita juga berdoa supaya 'setan merah' kalah

hahahhahahha


boooooooooooooooo MU kahkahkah...peace husz..

go Marseille..belasah setan cukup2

Aku dan dia

Aku dan dia

satu petang....

jeng jeng jengggg hahah saje buat saspen

aku: tanya satu benda boleh tak?

dia: tanyalah...

aku: err..akak mmg xnak kawen lagi ke?

dia: buat masa ni tak lagilah

aku: agak2nya bila?

dia: ntahlah..banyak lgi benda yg akak kena fikir sebelum fikir soal kawen

aku: kira lambat lagilah yer

dia: tggulah sampai seru..satu hari nti akak akan kawen gak. just waiting for the right man at the right place

aku: tak jumpa lgi ke

dia: ntahlah, tak lgi kot. klu dh xde sgt, akak kawen ngan awak jelah hehe

aku: aaaaaaaa

dia; heh, rilekla, akak gurau aje

aku: boleh! apa salahnya....

~kau ingat ko sorang je boleh saiko? aku pon boleh jugak apa~

aku: heh heh

dia: apalah buat kelakar pulak...tpi x mustahilkan? ntah2 dh memang jodoh kita..tpi boleh ke akak 3 tahun lebih tua..hmmm

aku: ........




sebelum ada yg tanya, aku nk bagitau..itu bukan kisah aku yer, org lain hehe lallalaa


pointnya di sini ialah..boleh tak si lelaki yg lebih muda membimbing pasangannya. adakah si wanita bersedia utk menerima nasihat atau teguran dri org yg lebih muda drinya


p/s: si lelaki ni pon hidupnya kadang2 tunggang-langgang. boleh ke nk jd pemimpin..hurmm

Misteri rumah tua

aku bukan nk cerita pasal rumah berhantu ke apa tpi pasal satu filem lakonan Nor Kumalasari yg diterbitkn pd tahun 1987 dulu..huuuuuuu lama dahhhhhh

aku penah tgk filem ni tym kecik2 dulu..so, jalan ceritanya dh xberapa ingat dah. ramai yg mengatakn inilah filem melayu yg paling seram yg pernah diterbitkan hohoho eeeeeehheeeee

kata org tua2 yg pernah menonton filem ni, part yg paling diingati adalah semasa Nor Kumalasari melahirkan anak melalui mulut..yeks huuuuuuuuu

dah puas aku tanya lebai google kt mana buleh download filem ni tpi dia pon xtau. dvd pon aku agak xde jual.

kalau sape2 ada terjumpa dvd citer ni kat mana2 xkisahlah yg pirate pon sila rembat laju2 dijamin puas hati dan boleh menyebabkan korang xberani kuar malam2. itu kata org2 veteranlah

kat mana yer nk donlod filem nih. pakcik youtube pon ada sedutan jer. hampeh tol

xpelah..layan jelah filem nih sekerat huhuh


Ini kenangan

Ini kenangan

Warnakan Yang Terindah
Bila Engkau Disini
Hulurkan Tangan Mu Lagi
Disini..

Himpunkan Yang Terjadi
Untuk Engkau Perhati
Sebelumnya Aku Pergi
Kesana..

Mengapa Harus Berjumpa
Dalam Saat Cabarannya
Disini Waktu Keguguran

Lewat Untuk Kita

Masa Pun Telah Tiba
Aku Meluncur Arah
Mengekorinya..

Tiba Ditanah Lumpur
Istilah Cinta Hilang
Mengertilah..

Lihatlah Awan
Mungkin Aku Ada Diatas Sana
Mengukir Senyuman
Untuk Mu


Lihat bulan
Mungkin Dia Ada Berita
Dariku Dariku Lagi
Untuk Mu..

Lewat Untuk Kita
Masa Pun Telah Tiba
Aku Meluncur Arah
Mengekorinya..

Tiba Ditanah Lumpur
Istilah Cinta Hilang
Mengertilah..


..............................ini kenangan

Sofea - hujan

hujannnn oooooooo hujannnnnnnnnn!!!!!!!

meh layan lagu rock kapak...

Hujan dri kumpulan Sofea



Ku terperangkap dalam kedinginan
Titisan air bercurahan
Apakah ini erti kesedihan
Pada makhluk bumi yang berkhayalan

Hujan sungguh menyejukan
Hujan banjir menakutkan
Hujan pada kehausan
Hujan lambang keagungan

Lihat awan hitam diufuk barat
Berwaspada sekelian penghuni bumi
Guruh berdentum petir menyanbung
Isyarat pertama untukmu bersedia

Hujan membasahi bumi nan indah
Pak tani kegembiraan
Padanya unutk yang memerlukan
Rahmat tuhan yang menguasai
Hujan sungguh menyejukan
Hujan banjir menakutkan
Hujan pada kehausan
Hujan lambang keagungan


Musang mengganas

Megan Fox...musang2 yg mengganas tu bkn adik-beradik dia yer...

musang yg mengganas akhirnya berjaya ditangkap setelah mengganas hampir 2 minggu di sekitar Tmn Bukit Bendera, Mentakab, Pahang.

musang tersebut telah menyebabkan lebih 20 ekor kucing peliharaan mati dgn kesan gigitan di leher...pandainya musang tu buat love bite huhuuhh

penduduk di kawasan tersebut menyaksikan sendiri sekawan musang yg mengganas dan membunuh kucing2 tersebut...xde ayam ke kt sana smpai musang2 tu membunuh kucing

menurut brader kita, Abdul Hamid Khan Ibrahim, 42, sekurang-kurangnya enam ekor musang dilihat menyerang seekor kucing sehingga menyebabkan kucing milik penduduk itu akhirnya mati...6 ekor musang lawan sekor kucing memang arwah la kucing tu. lainlah yg berlawan tu thundercats


sumber: kosmo online

Kesian Kak Nasha

belek2 Kosmo Online jap tdi terpandang lak tajuk ni

"Nasha cedera dalam kes rompakan"

dgn laju2nya aku klik tajuk tu. dah agak dah, nasha yg dimaksudkn tu Nasha Aziz heheeee aku memang peminat Nasha Aziz heh.

menurut Kosmo Online nasha kerugian RM40,ooo apabila wang tunai dan barang berharga miliknya dilarikan penjenayah dipercayai warga Indonesia...hampeh betul

kejadian tersebut berlaku di persimpangan lampu isyarat di Jln Persiaran Ampang Hilir, KL.

sabar ye Nasha..40k tu memang banyak tpi yg lebih penting nyawa tu selamat. semoga penjenayah tu ditangkap dgn kadar segera.

aku memang hangin ngan pendatang haprak yg tak sedar dek untung. klu nak kerja buat cara nk kerja, jgn jdi penjenayah pulak...SIALLLLLL

sumber: Kosmo Online


cam xcaya dia dh berusia 40 tahun
"HARAM Hukumnya Bagi Seseorang Muslim Laki-laki Untuk Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

"HARAM Hukumnya Bagi Seseorang Muslim Laki-laki Untuk Menikah Dengan Gadis Satu Kampung

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung..... .....ramai nya.!! !

hehehehehe.. .
jgn marah ye, kite pun terkena jugak. Senyum selalu... (",)
Pelajar sekolah, kolej ponteng diberkas

Pelajar sekolah, kolej ponteng diberkas

semalam di Kangar Perlis seramai 17 pelajar sebuah sekolah menengah, 2 drpdnya perempuan yg ponteng sekolah serta 4 pelajar kolej yg leka menghisap rokok di sebuah rumah, lari lintang pukang selepas kediaman itu diserbu anggota polis dan pihak sekolah.

rumah berkenaan sering menjadi tumpuan para pelajar untuk ponteng sekolah dan ia merupakan rumah sewa salah seorang pelajar kolej yang berdekatan

Mereka yg ditahan berusia antara 14 dan 20 tahun termasuk dua pelajar perempuan berusia 14 tahun dan dibawa ke balai polis utk ujian saringan air kencing

sumber: utusan Malaysia

apa nk jadi dgn budak2 sekarang nih. duit habis digunakan utk beli benda xberfaedah. sedap sgt ke rokok tu sampai sanggup ponteng sekolah semata-mata nk hisap rokok.

tapi masalah merokok dan ponteng ni dh lama berlaku. sejak aku sekolah lg masalah ni dh ada. rakan2 sekelas aku pon ramai yg merokok, cuma diorang xdelah sampai ponteng skolah. biasanya port yg mnjadi pilihan adalah dalam tandas hahahaha.

masuk je waktu rehat terus diorang ke dlm tandas nk lepas gian. elok sgt la tu. hisap asap rokok yg bercampur dgn aroma jamban yg cukup 'wangi' fuhhhhhhhhhh.

bagi korang yg masih belajar lgi terutamanya pelajar sekolah jgnlah cuba2 nk hisap rokok, xde
faedahnya. belajar rajin2 jd org berguna.



p/s: Att jgn ponteng2 kelas yer..dh belajar kat oversea tu belajar elok2 tau hhehe
Confusing Names ???

Confusing Names ???

KNOTT: "Who's calling?" was the answer to the telephone.
WATT: "Watt."
KNOTT: "What is your name, please?"
WATT: "Watt's my name."
KNOTT: "That's what I asked you. What's your name?"
WATT: "That's what I told you. Watt's my name."

A long pause, and then from Watt,

WATT: "Is this James Brown?"
KNOTT: "No, this is Knott."
WATT: "Please tell me your name."
KNOTT: "Will Knott."

YOU LEFT THE TALKERS AT A POINT WHERE THEY WERE TOTALLY CONFUSED, READTHE REST OF WHAT HAPPENED...

WATT: "Why not?"
KNOTT: "Huh? What do you mean why not?"
WATT: "Yeah! Why won't you tell me your name?"
KNOTT: "But I told you my name!"
WATT: "Didn't you say you will not?"
KNOTT: "Not not, knott, Will Knott!"
WATT: "That's what I mean."
KNOTT: "So you know my name."
WATT: "Of course not!"
KNOTT: "Good. So now, what is yours?"
WATT: "Watt. Yours?"
KNOTT: "Your name!"
WATT: "Watt's my name."
KNOTT: "How the hell do I know? I am asking you!"
WATT: "Look I have been very patient and I have told you my name and you have not even told me yours yet."
KNOTT: "You have been patient, what about me? I have told you my name so many times and it is you who have not told me yours yet.
WATT: Of course not!"
KNOTT: "See, you even know my name!"
WATT: "Of course not!"
KNOTT: "Then why do you keep saying of course Knott?"
WATT: "Because I don't."

[Pause]

KNOTT: "What is your name?"
WATT: "See, you know my name!"
KNOTT: "Of course not!"
WATT: "Then why do you keep asking Watt is your name?"
KNOTT: "To find out your name!"
WATT: "But you already know it!"
KNOTT: "What?"
WATT: "See!"
KNOTT: "And you know mine!"
WATT: "Of course not!"
KNOTT: "Exactly!"

NOW THEY ARE AT A POINT WHERE BOTH THINK THE OTHER KNOWS THEIR NAME, BUT THEY THEMSELVES DON'T KNOW THE OTHER'S NAME.

KNOTT: "Listen, listen, wait; if I asked you what your name is, what will be your answer?"
WATT: "Watt's my name."
KNOTT: "No, no, give me only one word."
WATT: "Watt"
KNOTT: "Your name!"
WATT: "Right!"

[pause before it hits him]

KNOTT: "Oh, Wright!"
WATT: "Yeah!"
KNOTT: "So why didn't you say it before?"
WATT: "I told you so many times!"
KNOTT: "You never said Wright before"
WATT: "Of course I did."
KNOTT: "Ok I won't argue any more. Do you know my name?"
WATT: "I do not."
KNOTT: "Well, there you go, now we know each other's name."
WATT: "I do not!"
KNOTT: "Good!"

[pause before it hits him]

WATT: "Oh, Guud!"
KNOTT: "Good."
WATT: "No wonder, it took me so long, is that Dutch?"
KNOTT: "No, it's Knott!"
WATT: "Oh, okay. At least the names are clear now Guud."
KNOTT: "Yes Wright."

NOW THEY BOTH THINK THEY KNOW EACH OTHER'S NAME AS WELL! Watt do you think ?? Do they or do they Knott ???


selsema

selsema

dah 2 hari aku selsema. sekian terima kasih

huuuuuuuuuuuuuuuuuuuu x best langsung

sroott..sroottt

Nak tengok hantu? part iv

kalau sape2 yg sudah terlebih berani tu dan ingin tengok makhluk tu boleh cuba cara berikut:

1. ajak 2 orang member, kemudian pergi tempat yang orang kata berhantu. kemudian cuba bercerita tentang hantu.
biasanya makhluk2 halus suka mendengar cerita mengenai mereka
biasanya mereka ada di belakang orang yang bercerita

2. Ambil hati monyet yang masih segar secukupnya terus bakar hati tersebut menjadi arang, tumbuk sampai menjadi halus.

Setelah itu sapukan arang tadi tersebut ke kedua kelopak mata anda.
Biasanya setelah itu anda akan secara live melihat hal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

3. Duduk seorrang diri di tempat yang di anggap berhantu tanpa memakai seurat benang.

4. Gunakan payung. Buka payung anda dan berteduh dibawahnya. lakukan seorang diri dan dimalam hari

5. Ambil seketul belacan dan bakar di tempat yang biasanya di anggap keras.
ini kerana jin marah dgn bau belacan

sama ada ia menjadi ke tak..aku xtau sbb aku belum cuba lg. so, korang jelah yg cuba buat k.........Selamat Mencuba

tapi kalau korang pon x berani nk cuba apa kata korang tgk video hantu kambing nih

meh layannnnnnnnnn

bekkk bekkkkkkkkkkkkkk hahahaha


Stamford Bridge is broken down

pernah dgr tak lagu London Bridge is falling down?? ok, meh layan sama2 lagu tu tpi lirik telah di tukar laaa hahahahaha


Stamford Bridge is Broken Down

Stamford Bridge is broken down,
Falling down, falling down.
Stamford Bridge is falling down,
My fair blondie.

Build it up with cash and cheques,
cash and cheques, cash and cheques,
Build it up with sellout refs,
My fair russian.

Plastic flags will wash away,
Wash away, wash away,
Cheap blue shirts will wash away,
Blueish striker.


aku memang puas hati, hepi sangat2 game mlm tdi


The Blues (0) -- The Reds (1)

Chelsick memang tengah sakit tenat dahhh, Ancelotti tunggu masa nk kena halau ngan penyapu dri Stamford Bridge.

Torres.......padan muka kauuuuuuuuuuuu

without u the reds can be better



yeahhhhhhhhhh


nampak tak muka x puas hati penyokong Chelsick


akhir kata.....BOOOOOOOOOOO MU kahkahkah sorri Husz..peace!! hehe

apalaaaaaaa "setan merah' kena gigit ngan 'wolves'


You'll Never Walk Alone

Gerrard juga???

Selepas Fernando Torres. The Special One, Steven Gerrard dikhabarkan akan berpindah ke Real Madrid pd musim panas ini. Menurut The Sunday Mirror, pemain ini sudah bersedia utk meninggalkan Merseyside...huuuuuuuuuuuuuu

Jose Mourinho dikatakan sedang menggerakkan usaha utk mendapatkan pemain ini.

Mourinho ni memang, xleh tgk org senang. sejak mengurus Chelsea lgi telah berusaha utk mendapatkn Gerrard.

oklah Gerrard klu betul2 ko nk tinggalkan Anfield baik keluar dri EPL klu x mahu kena kutuk ngan The Kopites.


YNWA