Malaysia akan diserang lanun...harap maklum!!!

Berita yg telah di sahkan...negara kita akan diserang oleh lanun2 dari Kepulauan Caribbean yg diketuai oleh Jack Sparrow dan kuncu2nya.

serangan dijangka dilakukan pd 19 MEI 2011 di seluruh negara

ark...ark...ark (bunyi lanun)

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides

Filem yg berpaksi kpd aksi, adventure, fantasy ini diarahkn oleh Rob Marshall

penerbitnya Jerry Bruckheimer (filem2 dia memang best)

teraju utamanya masih lgi dipegang oleh Johnny Depp, manakala Orlando Blom dan Keira Knightley telah digugurkan....

tak dpt lah nk tgk ex-gepren aku, Keira bergasak lawan lanun2 jahat cess!!! tak puas hati

[Readmore]
Senarai pelakonnya:

Johnny Depp ... Jack Sparrow

Geoffrey Rush... Barbossa

Ian McShane ... Blackbeard

Penélope Cruz... Angelica

Astrid Berges-Frisbey... Syrena - Mermaid

Gemma Ward... Tamara

Stephen Graham... Scrum


ramai lagilah pelakonnya...malas nk tulis n kopi pes huhuh




bila dh kuar.....jom ramai2 serbu pawagam laju2...oraitttTTt


October and April

Arrgghhhhhhhhh malasnyaaaaaaaaaaaa

rasa cam malas nk hapdet blog dahhhhhhhhhh...dush..dush...dush

ke nk kena setting balik kepala aku nih isk.

malas nk tulis pape...apa kata sape2 yg masuk sini layan lagu nih

"October and April" Lauri Ylonen ft Anette Olzon



layan jela hoooooooooookayyy...

zasssss!!!!


Lauri:
She was like April sky
Sunrise in her eyes
Child of light, shining star
Fire in her heart
Brightest day, melting( snow)
Breaking through the chill
October and april

Anette:
He was like frozen sky
In October night
Darkest cloud in the storm
(Raining) from his heart?
Coldest snow, deepest …chill?
Tearing down his will?
October and April

Chorus – Lauri & Anette:
Like hate and love
World’s apart
This fatal love was like poison right from the start
Like light and Dark
World’s apart
This fatal love was like poison right from the start

Lauri:
We were like loaded guns
Sacrificed our lives

Anette:
We were like love undone
Craving to entwine

Lauri & Anette:
Fatal torch
Final thrill
Love was bound to Kill
October and april

Chorus

Lauri & Anette:
Hate and love
World’s apart
Light and Dark
World’s apart
This fatal love was like poison right from the start

October and april
October and april
October and april

..........................................................

Rahsia Orang Yang Lahir Bulan April

Sgt aktif dan dinamik. Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal. Sgt menarik dan pandai manjakan diri. Punya daya mental yg sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org. Sgt berani dan tiada perasaan takut. Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Try control the emotion. Kecenderungan bersifat dendam. Agresif, kelam kabut utk membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yg sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sgt cemburu dan terlalu cemburu.

~Dr Fadzilah Kamsah

hmmmm aku lahir bln april...ada sikit2 yg kena hehe

psstt Att pulak..ada tak sifat2 tu?

Jackie Chan mati?

Jackie Chan Died? or Rumors?




Read this:

A Los Angeles hospital has reported that Jackie Chan has passed away. The legendary Hong Kong actor who appeared in over 100 films died last night following a heart attack. He was promoting his most recent film, ‘Kung Fu Panda 2′. Doctors say his heavy schedule was causing extreme stress and putting too much pressure on his heart. Chan was scheduled to fly to Hong Kong today to begin shooting on his next film ’1911′.

The actors family has not yet issued a statement in regards to the passing of the truly remarkable actor who died at the young age of 56. Fans swarmed Facebook after confirmation of his passing came through a source close to Chan. A couple of celebrities have also posted their personal tributes through face book. Will Smith; “A remarkable actor, he will be forever missed and always in our hearts. RIP Jackie. x”

Even United States President Barack Obama laid down a personal tribute to the martial artist saying: “Jackie Chan is a man who can talk through talent, he is a constant reminder of the strength of humanity. He will forever be in our hearts, a true inspiration who inspired many generations. First it’s Nate Dogg then it’s Jackie Chan.”

MTV will be holding a special memorial for Chan on Friday.


http://www.myfew.net/jackie-chan-died.html

..........................................

Jackie Chan Is Not Dead – False Rumors On Twitter

This has been the trending news on social networks like twitter and facebook, there are numerous posts that Jackie Chan is dead. This is only a rumor, Jackie Chan is alive. Very recently there were news trending that Satoshi Tajiri, creator of Pokermon was dead in the Japan Earthquake, this was just an internet hoax.

Do not Panic, Jackie Chan’s fans, your idol is fit and well alive.

http://www.mauritiushot.com/jackie-chan-is-not-dead-false-rumors-on-twitter/


hampeh betolll...sape lah buat2 cerita tu..sebagai peminat Jackie Chan terkejut aku huh!

Nothing Else Matters

Nothing Else Matters

~METALLICA~

So close no matter how far

Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know, whoa
But I know

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know, whoa
but I know

I never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they say
Never cared for games they play
I'd never cared for what they do
I'd never cared for what they know
And I know

Yeah!

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters


dedicated to jenni
hurmmm.......

Cara Mengesan Hidden Camera dalam Fitting Room

awas!!!...jgn jdi mangsa skodeng

Pesanan ini ditujukan khas buat kaum Hawa. org lelaki pon kena beringat gak, terutamanya yg seksi macam Seksi Bani tu kang x pasal2 jdi mangsa ahaks.

Di sini aku nk kongsikan ngan korang satu cara macamana nak kesan HIDDEN CAMERA atau kamera tersembunyi dalam bilik persalinan di butik-butik dalam sesetengah pasaraya.

Caranya agak mudah iaitu:

bawa handphone masuk ke dalam bilik persalinan. Tapi pastikan yang henpon kita tu berfungsi, boleh buat panggilan luar.

Masuk saja ke dalam bilik persalinan dan sebelum mulakan apa-apa aktiviti menanggal baju dan mencuba pakaian, terus buat satu panggilan dulu.

Kalau panggilan kita terganggu dan gagal membuat panggilan luar, itu bermakna bilik tersebut ada kamera tersembunyi!!!

Panggilan terganggu kerana di halang oleh fibre optic semasa pemancaran signal dari henfon berlaku.


Tolong beringat dan beritahu anak-anak kita, kakak-kakak, adik-adik, awek-awek dan mak kita. Kalau mak nyah tu, lantak diorang la kan.. hehe.. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mangsa yang tidak berdosa ini menjadi mangsa HIDDEN CAMERA atau kamera tersembunyi ini.

Zaman sekarang ni orang sanggup buat macam-macam. So, beringat-ingatlah semua supaya tidak menjadi mangsa sebagai pelakon free... Naya beb!


Pokok bercakap

Kisah ni dh lama berlaku, iaitu pd 2002 kira2 10 tahun lalu

ceritanya begini....

tiga orang pemuda Palestin dalam perjalanan menuju ke sebuah hospital di Ramallah. Mereka bertujuan untuk memeriksa samada terdapat rakan-rakan seperjuangan mereka yang terkorban dalam serangan udara tentera Zionis Yahudi ke atas bandar berkenaan.

Di pertengahan jalan, mereka ternampak seorang pendatang Yahudi berdiri di atas sebuah tembok. Ketiga-tiga pemuda itu pun sepakat untuk membunuh Yahudi tersebut yang sering melakukan kejahatan kepada masyarakat Islam Palestin.

Namun belum sempat ditangkap, pemuda Yahudi tersebut berjaya melarikan diri. Mereka mengejarnya hingga ke jalan mati, tetapi Yahudi tersebut telah menghilangkan diri. Selepas gagal mencari, mereka memutuskan untuk membatalkan saja niat asal mereka.

Tetapi baru saja mereka berpaling, kedengaran satu suara halus memanggil dan meminta mereka supaya jangan pergi. Mereka saling berpandangan dalam kehairanan. Siapa yang memanggil tadi, sedangkan di situ cuma mereka bertiga sahaja ? Mereka pun menganggap ianya satu kesilapan dan mula beredar.

Sekali lagi ketika melangkah, suara misteri memanggil-manggil mereka semula. Kali ini, suara itu kedengaran lebih jelas. Mereka pun membatalkan niat untuk meninggalkan tempat tersebut dan mula mencari dari mana datangnya suara tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka kerana selepas puas dicari, rupa-rupanya suara misteri itu datangnya daripada sebatang pokok yang berada di situ. Mereka mendekati pokok tersebut dan kedengaran lagi pokok itu berkata-kata dengan lebih jelas.

Pokok itu memberitahu bahawa pemuda Yahudi yang dikejar oleh mereka itu, sedang bersembunyi di belakangnya. Katanya lagi, tidak ada perkara yang lebih utama bagi kamu melainkan membunuhnya kerana Puak-Puak Yahudi itu sendiri yang mula menzalimi penduduk di Palestin.

Mereka pun segera melihat di sebalik pokok yang bercakap tersebut. Ternyata benar apa yang diberitahu oleh pokok tersebut, pemuda Yahudi yang hilang tadi sedang menyorok di situ. Tanpa berlengah lagi, mereka pun membunuh pemuda Yahudi tersebut dan meninggalkan mayatnya di bawah pokok berkenaan.
[Readmore]
Dalam waktu yang singkat, berita itu tersebar ke seluruh Bandar Ramallah dan sampai juga ke telinga Puak Yahudi. Kejadian itu telah menakutkan tentera-tentera Israel sehinggakan jumlah tentera mereka semakin berkurangan di Ramallah.

Ramai juga yang kurang percaya tentang kebenaran peristiwa, hinggalah beberapa media utama di Palestin turut menyiarkannya sebagai kejadian yang terbukti benar berlaku. Akhbar Afaq Arabiyyah keluaran 15 Mei 2002 turut menyiarkan kenyataan As-syaheed Sheikh Ahmad Yassin yang juga mengesahkan kesahihan peristiwa tersebut.

Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pejuang Palestin dan pemimpin Hamas yang sangat dihormati, dalam ulasannya itu berkata, "Pokok berkata-kata di Ramallah adalah salah satu tanda kemenangan Islam dan ini bukan tanda yang pertama. Sebelum ini sebahagian daripada pejuang kami yang syahid dalam pertempuran, jasad-jasad mereka berbau harum ketika dikebumikan"

"Sesungguhnya berita gembira yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w tentang pokok-pokok dan batu-batu berkata-kata telah pun berlaku, dan di masa akan datang akan menyaksikan tanda-tanda lain daripada apa yang disampaikan oleh Baginda daripada berita gembira tersebut. Inilah yang meneguhkan keyakinan kami bahawa sesungguhnya pertolongan Allah s.w.t akan datang dan ia tidak mustahil berlaku"

Kemudian beliau memetik sepotong hadis Nabi yang diriwayatkan

oleh Imam Muslim, daripada Abu Hurairah yang bermaksud :

"Tidak akan berlaku hari Kiamat sehinggalah orang-orang Islam memerangi orang-orang Yahudi. Lantas orang-orang Islam membunuh mereka hinggalah orang Yahudi bersembunyi di sebalik batu-batu dan pohon-pohon kayu. Maka berkatalah batu-batu dan pokok-pokok berkenaan : "Wahai hamba Allah ! Ini dia Yahudi di belakangku. Datanglah ke mari dan bunuhlah dia !" Kecuali pohon Gharqad (kerana sesungguhnya pohon tersebut adalah pohon Yahudi)"

inilah pokok gharqad...ada tak di negara kita? kalu ada musnahkan


Siapa Syeikh Ahmad Yassin?


Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin lahir pada 1937 dan berkerusi roda sejak terlibat dalam kemalangan semasa berusia 12 tahun. Beliau adalah pengasas pergerakan Hamas bersama Abdel Aziz Al-Rantissi, pada 1987. Walaupun cacat Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin adalah berpendidikan tinggi dan merupakan pejuang yang sangat dihormati.

Orangnya berpendiriannya tegas dan beliau menentang perjanjian damai dengan Israel yang berat sebelah. Baginya juga, Israel mesti dilenyapkan dari Peta Dunia dan bekerjasama dengan Zionis adalah satu jenayah. Oleh itu, jihad menghapuskan Yahudi mesti diteruskan hingga Islam dan Palestin mencapai kemenangan.

Akibatnya, Asy-Syahid Syeikh Ahmad Yassin ditangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan. Beliau dibebaskan pada 1997 dalam keadaan hampir buta. Sejak itu, beliau sering menjadi sasaran Israel dan akhirnya pada 22 Mac 2004, beliau terbunuh apabila diserang dengan peluru berpandu yang dilancarkan dari sebuah helikopter tentera Israel ketika sedang disorong oleh pembantunya menuju ke masjid bagi menunaikan Solat Subuh.


keadaan mayat Syeikh Ahmad yg dibunh kejam oleh Israel laknatullah


Sheikh Al-Azhar : Pokok bercakap merupakan berita baik mengenai pertolongan
شيخ الأزهر: نُطق الشجر من بشريات النصر

Afaq Arabiah - Bilangan 558 - Khamis - 11 Rabiulawal 1423 - 23 Mei 2002

[Sheikh Tantawi]

Dr. Mohammad Syed Tantawi, Shiekh Al-Azhar telah mengesahkan bahawa khabar/berita yg dilaporkan oleh Sheikh Ahmad Yasin, pengasas Pergerakan Hamas mengenai pokok bercakap di Ramallah yg memanggil 3 orang lelaki Palestine dan memandu mereka kepada orang yahudi yg sedang bersembunyi dibelakangnya, dan edaran (Afaq Arabiah) yg terperinci didapati pada bilangan yang lalu... Dia mengesahkan ini adalah dari khabaran baik mengenai pertolongan dan dari tanda-tanda sokongan Allah kepada Mujahideen Palestine.

Pengumunan ini didatangkan kepada wartawan berikutan dari Solat Jumaat di Al-Azhar Al-Sharif.


Wallah hua'lam

Jadi ke Liverpool datang Malaysia?

sebelum ni telah keluar berita mengenai kedatangan 2 kelab EPL ke Malaysia iaitu Liverpool dan Chelsea pd bulan julai nti.

menurut setiausaha agung FAM, Chelsea telah mengesahkan akan dtg dan menghantar skuad utama mereka, termasuk Fernando Torres lah tuuuuu...ampeh

manakala dgn The Reds pula dikatakn masih lg dlm perbincangan ...huuuuuuuuuuuu dan ia akan diumumkan kemudian....harap2 jadilah reds turun Malaysia nti

kejap tdi sempat jugak aku usha2 website & fesbuk Liverpool, mana tau kalau ada apa2 berita tentang kedatangan diorang ke Malaysia. tpi xde pape cerita pon lgi...mungkin bila dah kompom diorang akan hapdet la tu kot.



sambil2 tu skodeng2 jugak website & fesbuk musuh ketat aku nih...nak tau gak cerita2 diorang hehe


invite your friends to join Manchester United...ahakss..........sorriiiiiiiiiiii aku sndiri xmo join, takkan nak invite org len pulak hahahaha


Perang di Libya lambungkan harga minyak

jika mengambil kira ramalan pakar ekonomi kita, Prof Dr Barjoyai Bardai yang tidak pun berselindung untuk mengakui apa yang berlaku di Asia Barat dan utara Afrika pasti mengundang kesan negatif.

“Ketika krisis di Asia Barat, ramai yang bimbang. Kekacauan di Libya menyebabkan harga minyak naik dan kesannya akan turut menyebabkan kos sara hidup meningkat. Kini berlaku pula bencana di Jepun, sudah tentu kesan besar akan dirasai ekonomi dunia dan tempiasnya juga akan turut dirasai negara kita.


jet pejuang Libya yg ditembak jatuh




ini amerika punya pasal lah ni..yg dok pi serang Libya tu sape suruh
sampai minyak pon naik harga..tak pasal2 gua terpaksa naik
basikal.....minyak mahal woooooooooo!!!!

Loji nuklear Fukushima Daiichi

request dri seseorang utk buat entri pasal nuklear di Jepun nih. so, Tiqah kalau tak membantu pon...baca jela entri nih k....

Jepun berhadapan dengan krisis nuklear terburuk negara itu sejak Perang Dunia Kedua apabila gempa sekuat 9.0 pada skala Richter melanda utara negara itu, 11 Mac lalu mengakibatkan letupan di loji nuklearnya.


Fukushima Daiichi sebelum letupan

Sejak itu, sekurang-kurangnya empat letupan dan dua kebakaran berlaku di loji nuklear Fukushima Daiichi selain lebih 9,000 penduduk dilaporkan terkorban dalam bencana itu

Daripada enam reaktor aktif yang ada, Jepun menaikkan skala lima, lagi dua peringkat untuk menyamai tragedi Chernobyl di Ukraine pada 1986.




Reactor 3 yang musnah

Ia berpunca daripada kebimbangan atas faktor reaktor di bangunan 1, 2 dan 3 Fukushima Daiichi selepas kegagalan menyejukkannya.

Tahap radiasi lebih tinggi daripada normal juga dicatat di beberapa tempat sejauh 30 kilometer dari lokasi loji berkenaan manakala di ibu negara Tokyo keadaan masih normal.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil potasium iodin bagi melindungi diri daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk pernah melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945.

Fukushima Daiichi yang dibina pada 1971 adalah satu daripada 15 stesen nuklear terbesar di dunia yang menyalurkan tenaga elektrik kira-kira 29,891 GWh kepada penduduk Jepun.


[Readmore]

Kesan Radiasi Malapetaka Nuklear Jepun Telah Sampai Ke California, AS


Radiasi yang berpunca dari malapetaka nuklear Jepun telah dikesan di California, Amerika Syarikat, pada pagi 19 Mac 2011. Demikian menurut laporan dalam "Good Morning America" yang disiarkan oleh ABC News.

pergerakan arah angin membawa radioaktif dari reaktor nuklear jepun yg lumpuh akan semakin berkurangan ketika merentasi Lautan Pasifik dan tidak dijangka memberi msalah kesihatan serius di Amerika Syarikat.

Meskipun amaun radiasi yang sampai ke pantai barat AS itu amat kecil, ia memberi petunjuk bahawa kesan radiasi itu boleh merebak jauh dari tempat kejadian malapetaka nuklear. Jarak antara Sendai, Jepun (tempat kejadian) dengan pantai California ialah lebihkurang 8600 kilometer. Bagaimana pula dengan kita di Malaysia yang berada lebih dekat? Jarak antara Sendai dengan Kota Kinabalu cuma lebihkurang 4400 kilometer.

Menurut laporan BERNAMA yang dipetik oleh Berita Halian Online berhubung dengan perkara ini, rakyat Malaysia tidak perlu bimbang mengenai pencemaran radiaktif di negara ini berikutan letupan loji tenaga nuklear di Fukushima itu kerana kerajaan melakukan pemantauan dengan ketat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata pemantauan itu dilakukan membabitkan alam sekitar, kemasukan pelancong dari luar negara dan kemasukan barang makanan dari luar negara dan kemasukan barangan makanan dari lapangan terbang dan pelabuhan terutama dari Jepun.

"Tiada keraguan perlu ditimbulkan kerana tiada sebarang pencemaran radioaktif dikesan di negara kita sehingga hari ini dan jangan percaya kepada khabar-khabar angin yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Tukun Tiruan Mesra Alam di sini (Sandakan) hari ini (20 Mac 2011).

Beliau berkata Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal dan saringan yang dilakukan di pelabuhan membabitkan makanan dan kontena belum ada pencemaran bahan radioaktif dikesan.

Kementerian Kesihatan sudah mengambil sampel-sampel makanan yang diimport dan keputusan sampel itu semuanya negatif.

"Rakyat diminta merujuk dan mengambil perhatian mengenai perkembangan pencemaran radioaktif di negara ini oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan saya adalah jurucakap mereka," katanya.

Menurutnya Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan memantau secara aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impaknya di negara ini.


Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga turut merasa impak yang sama.

Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan reaktor 2.

Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.


Kesan Jangka Panjang

Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131, merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131 sebagai proses fisiologi badan.

Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.

Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh menyebabkan kanser paru-paru.


Kesan Jangka Pendek

Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.

Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan, lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.

Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini. Berdasarkan Pengawalan Penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.

Kesan Pada Kulit

Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi tersebut.

Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan radioaktif tersebut dapat dikurangkan.


Kebaikan penggunaan nuclear

kebaikan, terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama logi tenaga nuklear) akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangkasama yang panjang. Dikatakan, satu tan uranium boleh menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding penggunaan beberapa million tan arang batu atau beberapa million barrel minyak. Keadaan ini pastinya merupakan satu berita baik kerana bahan api fosil semakin berkurangan.

Tenaga nuklear juga dikatakan sangat mesra alam. Penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan tenaga nuklear tidak akan mencemarkan udara. Ini kerana logi tenaga nuklear tidak akan membebaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon, methane, ozon dan CFC semasa beroperasi dan dengan itu tidak mencemarkan udara. Dalam hal ini, ia akan membantu mengurangkan kesan rumah hijau. Selain itu, pembinaan logi nuklear juga tidak memerlukan kawasan yang besar dan dalam jangka masa panjang, tenaga nuklear akan menghasilkan tenaga elektrik yang lebih murah kerana kos operasinya yang rendah. Ini pastinya satu berita baik kepada pengguna.


Keburukan nuclear

Terdapat juga beberapa keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi. Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos menguruskannya juga amat tinggi.

Bahan radioaktif ini, jika dilepaskan ke alam sekitar, akan bertahan untuk satu jangka masa yang lama sebelum ia mencecah tahap selamat kepada manusia. Tenaga nuklear bergantung kepada bahan uranium. Uranium dikategorikan sebagai bahan api tidak boleh diganti (non renewable energy) sama seperti petroleum dan arang batu. Walaupun buat masa ini, sumber uranium masih banyak tetapi ia juga akan berkurangan jika terus digunakan. Oleh itu, ia juga akan habis pada satu masa nanti.

Kekurangan lain yang juga sering dikaitkan dengan penggunaan tenaga nuklear ialah risiko kemalangan di loji tenaga nuklear. Jika kemalangan ini berlaku, masalahnya sangat besar dan kesannya akan mengambil masa yang panjang untuk hilang. Sebagai contoh, kemalangan reaktor nuklear di Chernobyl pada April 1986. Dikatakan bahawa, tragedi letupan reaktor nuklear ini merupakan yang terburuk dalam sejarah dunia. Letupan ini telah membebaskan 300 kali lebih bahan radioaktif berbanding peristiwa pengeboman Bandar Hiroshima.

Radioaktif itu tersebar luas hingga ke bahagian Barat Kesatuan Soviet, Timur dan Barat Eropah, daerah-daerah Scandinavia, British Isles dan Timur Amerika Utara. Di samping itu, kontaminasi teruk berlaku di kawasan-kawasan Ukraine, Belarus, dan Rusia hingga memaksa lebih daripada 336,000 orang penduduk dipindahkan dari rumah-rumah mereka. Satu laporan yang disediakan oleh International Atomic Energy Agency (IAEA) and World Health Organization (WHO), menunjukkan bahawa berlaku 56 kematian serta-merta. Manakala, dianggarkan dalam 6.6 juta orang yang telah terdedah kepada radiasi letupan itu, 9000 daripadanya dijangkakan akan mati akibat pelbagai jenis penyakit kanser.

Akhir sekali, isu keselamatan. Logi nuklear berpotensi untuk disalahgunakan bagi tujuan keganasan. Sama ada keganasan berbentuk manipulasi bahan itu untuk tujuan tidak baik ataupun kemungkinan logi diserang atau diambil alih oleh pengganas. Dalam keadaan ini, kawalan keselamatan yang sangat ketat amat diperlukan.




PRESS RELEASE

Y.B. MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
MENGENAI KEMALANGAN NUKLEAR AKIBAT KEJADIAN
GEMPABUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN

24 Mac 2011, 3.00 petang

KEADAAN DI JEPUN


1. Berdasarkan maklumat terkini, bekalan tenaga elektrik telah berjaya disalurkan ke loji kuasa nuklear unit 1, 2 dan 4 di Stesen Kuasa Nuklear Fukushima Daiichi, membolehkan sebahagian instrumentasi unit-unit ini berfungsi dan membekalkan data yang berguna untuk operasi selanjutnya.

2. Pemonitoran alam sekitar bagi kawasan sekitar 20 hingga 30 kilometer dari Fukushima Daiichi menunjukkan bacaan dalam julat 0.1 hingga 6.9 mSv/jam dan kadar ini juga menunjukkan trend yang semakin menurun. Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengesahkan sinaran alfa tidak dikesan yang menunjukkan tiada kehadiran uranium dan plutonium. Ini bermakna tidak berlaku sebarang kebocoran bahan api nuklear.

3. Dalam masa yang sama, perairan sekitar Fukushima juga dipantau di mana pasukan IAEA yang berkepakaran khusus dalam pemonitoran marin juga akan tiba ke Jepun bagi bersama-sama melakukan pemonitoran.

4. Bacaan radioaktif dikesan di dalam susu, sayuran dan air di Fukushima dan arahan sekatan penjualan produk-produk ini telah dikuatkuasakan. Iodin-131 dikesan di dalam air paip pada paras yang melebihi tahap yang dibenarkan untuk bayi, menurut sumber dari IAEA yang dikeluarkan pada 23 Mac, 20 UTC (bersamaan waktu Malaysia jam 4 pagi 24 Mac 2011); tetapi masih pada tahap yang selamat untuk orang dewasa di kawasan tersebut.

5. Semasa taklimat IAEA kepada Perwakilan-perwakilan Negara anggotanya termasuk kepada Kedutaan Besar Malaysia di Austria dan Perutusan Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Vienna (Malawakil Vienna), corak penyebaran atmosferik berdasarkan model Regional Specialised Meteorological Centre (RMSC) juga dipamerkan. Memandangkan lebih banyak data telah diperolehi, model yang lebih tepat dapat dihasilkan. Kebanyakan kepulan radioaktif tersebar ke arah timur dan tenggara iaitu ke Lautan Pasifik tetapi pada nilai yang amat rendah dan tidak membimbangkan.

6. Berdasarkan ramalan oleh pusat-pusat tindak balas kecemasan persekitaran di bawah Pertubuhan Meteorologi Sedunia, bagi tempoh sehingga 26 Mac 2011, pergerakan sebarang bahan cemar radioaktif iodin yang terlepas dari loji nuklear Fukushima untuk tempoh 72 jam dari tarikh 23 Mac 2011 adalah ke arah selatan dan timur laut/timur dan juga tenggara menghala ke Lautan Pasifik. Untuk tempoh tersebut sebarang pencemaran radioaktif iodin jika ada adalah di sekitar negara Jepun dan lautan berdekatannya dan tidak akan sampai ke Malaysia.


TINDAKAN OLEH MOSTI DENGAN KERJASAMA KEMENTERIAN-KEMENTERIAN BERKENAAN:

1. MOSTI mempergiatkan lagi usaha memantau secara aktif keadaan kemalangan nuklear di Jepun dan impak kepada negara kita melalui Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Malawakil Vienna, Wisma Putra.

2. Pemantauan melalui Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di 6 lokasi seluruh Malaysia (Chuping, Ipoh, Sri Aman, Kuantan, Kudat dan Senai) diteruskan dan masih menunjukkan paras normal di mana data pada 10.00 pagi, 24 Mac 2011 adalah 0.029 hingga 0.172 mikro Sievert per jam. Paras ini masih merupakan bacaan normal untuk Malaysia.

3. Berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi daripada badan antarabangsa iaitu International Civil Aviation Organisation (ICAO) dan International Air Transport Association (IATA), situasi di Jepun pada ketika ini tidak memberikan kesan kesihatan kepada individu. Walau bagaimanapun, sebagai mengambil langkah berjaga-jaga dan meningkatkan keyakinan orang awam, Malaysia telah melakukan saringan ke atas penumpang-penumpang penerbangan dari Jepun di lapangan terbang antarabangsa utama. Saringan kedua (pemonitoran individu), hanya akan dilakukan jika terdapat bacaan yang melebihi kadar yang dibenarkan (0.5 mikro Sievert per jam).

4. Pada masa yang sama, sistem Pemonitoran Portal (Radiation Portal Monitors – RPMs) yang sememangnya telahpun dipasang di KLIA sejak 2009, juga menunjukkan paras normal dan tiada sebarang pencemaran dikesan.

5. Namun demikian, mana-mana penumpang yang ingin mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran radioaktif lebih lanjut bolehlah memohon kepada pegawai AELB yang sedang bertugas di KLIA dan LCCT.

6. Sehingga kini pemantauan telah dilakukan terhadap 40 penerbangan dari Jepun ke Malaysia ke atas penumpang-penumpang dan anak kapal. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

7. Buat masa ini, AELB berpendapat orang awam tidak perlu melakukan pengesanan sinaran untuk mengesan pencemaran kerana situasi di Malaysia masih berada di tahap normal dan terkawal. Walau bagaimanapun, sekiranya orang awam ingin melakukan pemonitoran individu, ia boleh dilakukan secara percuma di Ibu Pejabat AELB, Batu 24, Jalan Dengkil, Selangor Darul Ehsan bermula 20 Mac 2011. Khidmat yang sama boleh juga diperolehi dari Agensi Nuklear Malaysia. Kemudahan perkhidmatan pengesanan sinaran ke atas individu ini bermula dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari.

8. Sehingga kini seramai 23 individu telah datang ke AELB dan Agensi Nuklear Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemonitoran cemaran. Tiada kadar dedahan melebihi paras normal dikesan sehingga hari ini.

9. Dari segi keselamatan makanan, sebagai langkah berjaga-jaga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenakan Pemeriksaan Tahap 5 iaitu Tahan, Uji dan Lepas di bawah Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) terhadap produk makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan dan hasilan ikan serta hasilan daging dan sebagainya yang diimport dari Jepun. Sampel makanan diambil di pintu masuk untuk analisis kandungan bahan radioaktif di Agensi Nuklear Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 27 sampel telah dianalisis dan didapati kesemuanya mematuhi tahap kandungan bahan radioaktif yang dibenarkan.

10. Pengguna tidak perlu khuatir dengan makanan yang dijual di pasaran dan yang diimport. KKM akan sentiasa memantau keselamatan produk makanan dari masa ke semasa termasuk produk makanan yang diimport dari negara Jepun.

11. MOSTI menasihatkan sekali lagi kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak bimbang dan tidak mempercayai khabar-khabar angin dari sumber yang tidak berasas.

12. Bagi sebarang pertanyaan, bolehlah dirujuk kepada Pusat Maklumat Radiologi AELB melalui talian Hotline AELB 1 800 88 7999 atau di 03-8922 5848 atau melalui emel di MNR-Customer@aelb.gov.my

http://www.nuclearmalaysia.gov.my/

Aseelah

Siapa Aseelah? ahahaha bukan nama org tpi kereta ia adalah hasil dri gabungan Proton Persona dgn Satria neo lalu terhasillah model yg diberi nama Aseelah.

Kereta ini sebenarnya direka dan dibina oleh National Program for Automobile Technology, satu projek yang berkait rapat dengan organisasi King Abdul Aziz City for Science and Technology di Arab Saudi sana.

so, korang xyahlah cri kt sini memang xde punyalah

tengok jelah gambar2 nih





cun...klu jual kt sini aku nak sambar satu

Tak sedar kena tikam

tengok tu..masa nk terima rawatan pon selamba je dia...tak sakit ke tu


perghh ngeri siot...seorang gadis, Julia Popova, 22, tak sedar sebilah pisau terpacak di belakang lehernya.

menurut popova, semasa hendak pulang ke rumahnya di bandar raya Moscow, dia telah diserang oleh seseorang yg merompaknya.

selepas kejadian itu, dia selamba je berjalan pulang ke rumahnya kira2 40 minit perjalanan. orang tuanya terkejut melihat sebilah pisau di leher anaknya dan bergegas menghantarnya ke hospital.

pelik jugak nih...camne dia buleh tak sedar kena tikam.

penjenayah ni memang laa..tak peduli langsung nyawa orang. yg penting dpt duit. dh takde kerjakan...jalan senang, rompak duit org


Liverpool, Chelsea berkunjung ke Malaysia Julai ini

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.

Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.

"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.

Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - Bernama


yeehaaaaaaaaa...yg di tunggu2 akan tiba..wuuuhhuuuuuuu

kalau boleh Man U dtg berentap dgn The Reds di Malaysia...sure gempak punyalah

Al-Kisah Si Koboi

Al-Kisah Si Koboi

Al-Kisahnya begini...

Seorang Koboi Pulang Dari Sebuah Kota Dengan Menunggang Kudanya Melewati Gurun. Dia Dikejutkan Oleh Seekor Ular Yang Menghalangi Jalannya, Lalu Si Koboi Turun Dengan Pisau Ditangannya, Ketika Ditangkap Ular Itu Untuk Dibunuh Si Ular Berkata :

Si Ular : "Jangan Bunuh Saya, Saya Adalah Seorang Pari-Pari".

Si Koboi Terkejut, Dan Masih Ragu, Lalu Bertanya :

Si Koboi : "Jika Kamu Pari-Pari Apa Yang Saya Minta Akan Dikabulkan ?". Tanya Si Koboi.

Si Ular : "Jika Kamu Tidak Percaya Lepaskan Dulu Saya, Dan Apa Permintaan Kamu Wahai Koboi?". Kata Si Ular Itu.

Lalu Si Koboi Melepaskan Si Ular Itu, Lalu Dia Berkata :

Si Koboi : "Saya Mempunyai 3 (Tiga) Permintaan, Iaitu Yang Pertama, Saya Mahu Wajah Saya Hensem Macam Lionardo Dikopiko, Yang Kedua badan Saya Setegap Arnold, Yang Ketiga "Anu" Saya Sebesar "anu" Kuda Yang Saya Tunggangi Itu". Sambil Menunjukkan Jari Ke Kudanya.

Si Ular Berkata Dengan Tenang :

"Sonang Bai Tuuuu, Esok Kamu Boleh Lihat Dicermin Apa Yang Terjadi, Sudah Ya, Saya Pergi Tata Titi Tutu". Kata Si Ular Sambil Pergi Masuk Semak-Samun Dan Menghilang.

Lalu Si Koboi Itu Naik Kudanya Meneruskan Perjalanan Menuju Rumahnya. Memang Hari Sudah Lewat Dan Sesampai Di Rumah Si Koboy Berdiri Di Depan Cermin Dan Berkata :

"Besok Kalau Tidak Ada Perubahan Siaplahh!, Aku Potong Kepalamu Wahai Ularr!". Sambil Berjalan Dia Masuk Ke
Bilik Dan "Z z Z z " Ketiduran.

Keesokan Harinya Si Koboi Bangun Pagi-Pagi Dan Terus Menuju Cermin, Dan Apa Yang Terjadi, Si Koboi Tergezut Gorilla Dan Gembiraaa, Dilihatnya Wajahnya Mirip Lionardo Dikopiko Dengan Senyum Bangga, Lalu Dia Membuka Baju Melihat Badannya Sudah Berubah Dengan Otot Yang Menonjol, Dia Memperagakannya Gaya-Gaya Bodybuilder, Kemudian Dia Membuka Seluarnya Dan Dia Terkejut Triple King-Kong Sekali, Dan Berteriak :

"Tidak-Tidak. Ini Tidak Mungkin, TIDAAAAAAAAAAAAAAAAK!!!!!!!".

Ternyata Dia Lupa, Dan Baru Ingat Bahawa Kuda Yang Ditungganginya Semalam Itu Adalah Kuda Betina...!!.


ahahahaaaaa......

Akhirnya iblis bertindak

si iblis...terry jones

tahun lepas seekor iblis, Terry Jones telah membuat rancangan pembakaran kitab suci Al- Quran sempena utk memperingati tragedi 9/11. namun di sebabkan bantahan dri pelbagai pihak termasuk dri Presiden Barack Obama, si iblis tersebut membatalkan niatnya.

tetapi kelmarin iblis tersebut memutuskan bahawa al-Quran bersalah terhadap jenayah tertentu dlm perbicaraan yg berlangsung hanya lapan minit sebelum menjatuhkn hukuman bakar terhadap al-Quran dan mengatur sesi pembakaran kitab suci itu di gerejanya.

kitab suci itu direndam dlm minyak tanah selama sejam dan diletakkan dlm dulang besi di tengah-tengah gereja itu sebelum seekor syaitan yg menjdai pengikutnya, Wyne Sapp menyalakan api. kitab itu dibakar selama 10 minit sementara syaitan2 lain yg menjadi penonton mengambil gambar.

haram jadah punya binatang

syaitan...wyne sapp

apa yg perlu dilakukan kpd bajingan nih...berdoa kpd tuhan supaya diberi hidayah atau mengutuk sekeras-kerasnya??

The friendship song

The friendship song



Friends are quiet angels



Friends are quiet angels
Who lift us to our feet
When our wings have trouble remembering how to fly
They stand by us and give us
the strength to try

Friends are quiet angels
Who somehow make you see
The light that's in the darkness
before the dawn
All at once the journey’s not so long

But it's the laughter and the fun
Sometimes the feeling that we're one
All the tears we cry together you and I
That will keep us heart to heart
as time goes by

Friends are quiet angels
Who fill your life with grace
Thrilled to share your joy
when a dream comes true
And on my special day
I'm blessed 'cause I can say
I've found a quiet angel
You're a special angel
I found a quiet angel in you


.....................................

Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (HMDJPT)

Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan mamat Khalid yg ditayangkn disember lalu berjaya mengutip sebanyak RM7.9 juta fuuyooooo.

pakcik kayoooo

sambutan hebat dri org ramai membuatkan mamat Khalid menghasilkan sekuel filem HKLBR yg diberi judul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (HMDJPT) hohohohooo. sape la yg jdi jin pulak nih.

menurut Mamat, barisan pelakon terdiri dri Awie(Husin), Ezlyn(maimon) wahhh...Ezlyn muncul balik di Kg Pisang, kalu AC Mizal(Mat Karan) juga muncul semula lgi best aku rasa.

pelakon lainnya Shy8(Usop) hehehe dia ni pon ok gak, Delimawati(kak LimaH) , Zami Ismail(Pak Abu) dan ramai lgi termasuk Avaa Vanja, Sofi Jikan serta Afdlin Shauki dan Rashidi Ishak

HMDJPT mengisahkan Husin akan kembali ke kampung kerana mengalami kerugian Skim Cepat Kaya dan Mon pula cuba menagih cinta Husin.

Sementara itu, Kak Limah yang telah pulih sepenuhnya dari penyakit yang dialaminya merancang untuk membawa penduduk kampung ke Singapura

filem HMDJPT nih telah selesai penggambarannya, tunggu masa je nk ditayangkan..mungkin hujung tahun ni

menurut mamat Khalid lgi, selepas HMDJPT akan menyusul 4 lg filem sekuel dan kesemua skripnya telah disiapkan. waahhhhhhhhhh best tuuu..sekurang-kurangnya utk 3,4 tahun akan dtg ada filem yg best utk ditonton huhuuuuuuu.

meh layan gambar2 HMDJPT nih



Pak Jabit tetap ngan warungnya...tempat lepak org2 kg Pisang

wahhh...si Usop dh pakai moto..gempak tuu... huhuhuuuuuu
ngan tangannya yg gemalai camtu...cmane agaknya dia
pulas throttle minyak ek




.........................................

Kambing

ini kambing...even org tua nih xske mandi, jgn pandang rendah dengannya mahal woooo harganya.

klu buat bisness ternak minatang nih sure bleh buat duit punyalah..lgi pon ternak kambing adalah sunnah Nabi SAW.

bagi aku daging kambing lebih sedap dri lembu. bergitu jugak ngan susunya..sedap wooo klu xcaya try la huhuhuu

korang tau tak, daging kambing byk khasiat...antaranya:

~pengurai kolestrol tepu

~pencegah penyakit darah tinggi dan obesiti

~mencantikkan kulit

~meningkatkan rasa kasih sayang dan kegembiraan

utk info penuh mengenai khasiat daging kambing, korang klik sini: kelab diet


cuma satu je, korang jgn ikut perangai kambing yg xsuka mandi tu yer hahahah

tak mandi kambing tu ia tetap mahal, tpi klu korang yg tak mandi sah2 xde org nak buat teman.


hurmm kenape aku buat entri pasal kambing pulak nih

k lah

Tsunami hits





Jepun dilanda gempa bumi 8.9 magnitud


2011/03/11

TOKYO: Jepun dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Terdapat laporan kecederaan akibat daripada kejadian berkenaan di Tokyo. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan puluhan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air.

Sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami yang merempuhnya ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma, wilayah Miyagi, kata stesen ootage on public broadcaster NHK.

Pegawai sedang menilai jumlah kerosakan, kecederaan dan kematian akibat daripada gempa bumi tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini.

Gempa bumi itu berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu. - Reuters






Gegaran tsunami yang berlaku di jepun juga turut di rasai di negeri Sabah. Air laut dijangka bergelora dan paras air laut tinggi di sekitar pantai Labuan dan Sabah dari jam 6 petang hingga 12 malam ini...

I'll Be There For You



I guess this time you're really leaving
I heard your suitcase say goodbye
Well as my broken heart lies bleeding
You say true love, it's suicide

You say you've cried a thousand rivers
And now you're swimming for the shore
You left me drowning in my tears
And you won't save me anymore

I pray to God you'll give me one more chance, girl

I'll be there for you
These five words I swear to you
When you breathe I want to be the air for you
I'll be there for you
I'd live and I'd die for you
Steal the sun from the sky for you
Words can't say what a love can do
I'll be there for you

I know you know we're had some good times
Now they have their own hiding place
I can't promise you tomorrow
But I can't buy back yesterday

And Baby you know my hands are dirty
But I wanted to be your valentine
I'll be the water when you get thirsty, baby
When you get drunk, I'll be the wine

I'll be there for you
These five words I swear to you
When you breathe I want to be the air for you
I'll be there for you
I'd live and I'd die for you
Steal the sun from the sky for you
Words can't say what a love can do
I'll be there for you

Solo

And I wasn't there when you were happy
I wasn't there when you were down
I didn't mean to miss your birthday, baby
I wish I'd seen you blow those candles out

I'll be there for you
These five words I swear to you
When you breathe I want to be the air for you
I'll be there for you
I'd live and I'd die for you
Steal the sun from the sky for you
Words can't say what a love can do
I'll be there for you


..................................................

Bon Jovi

Rokok baik utk kesihatan


rokok baik utk kesihatan....hurmmm ye ke...buleh caya ke nih


Rokok ini bekerja dengan prinsip melancarkan peredaran darah tubuh sehingga banyak khasiatnya. Pembuktian oleh konsumen diantaranya adalah:

* Nikotin rendah, perokok relatif aman dari sakit dan penyakit Jantung.

* Tar ramuan, perokok relatif aman dari sakit Paru dan saluran pernafasan.

* Menetralisir zat-zat berbahaya yang terkandung dalam tembakau

* Menyembuhkan penyakit Kencing Manis, Liver, Lambung, Pencernaan, Ginjal, Impotensi.

* Asap yang dihisap akan menetralkan racun-racun yang terdapat dalam darah dan organ tubuh.

* Menormalkan tekanan darah, menyembuhkan kecanduan Narkoba, Ganja, Minuman Keras.

* Menekan Kolesterol, Asam Urat, dan Gula Darah perokok.

* Membantu meringankan dan menyembuhkan Penyakit Sinusitis dan Polip.

* Sebagai Gurah (mengeluarkan cairan racun yang terdapat pada Paru-paru dan darah) melalui mulut, hidung dan telinga.

* Menyembuhkan dan meringankan penyakit Asma, dan lain-lain.



klu betul2 boleh mengubati penyakit baguslah...klu ada yg nk cuba buleh beli kt indonesia sana

sib baik aku tak merokok...xyah nk pk apa2 pasal rokok


artikel dicilok dri: http://rokokterapi-sin.com/article/27589/khasiat-rokok-sin.html
pesan

pesan


............................

ingat-ingatlah sabar itu iman

ingat-ingatlah duit bukan kawan

ingat-ingatlah dunia hanya pinjaman

ingat-ingatlah mati tak berteman

.....................................


Hantuuuuuuu

Hantuuuuuuu

Hantu di UPM. betul ke ada hantu kat UPM. ntahlah. susah aku nak jawab. nak kata tak ada, menda alah tu pernah ada org nampak. tapi sepanjang aku kat sana dulu tak pernah pulak terserempak atau ditegur oleh makhluk2 tu.

bagi student2 kat sini mesti pernah dengar macam2 cerita tentang makhluk2 halus tu kan. atau pon mungkin pernah alami sendiri gangguannya.

dah bermacam cerita yg aku dengar pasal hantu2 nih. ada pak guard yg terserempak dgn sekumpulan makhluk sedang mengusung keranda semasa membuat rondaan.

ada makhluk yg tak dpt dilihat tumpang semangkuk berada dlm kelas ketika sesi pembelajaran sedang berlangsung.

macam2 lagilah kisah seramnya. ada 'seseorang' ketuk2 pintu bilik tengah2 malam...

knock3 heheheeeee


kat depan fakulti arkitek dekat jirat cina tu pulak ada org nampak hantu pompuan berjubah putih terbang sana-sini tengah2 malam...heeeeeehheeeheeeeeeee...isk betul ke

banyak lgi kisah misteri kt jirat cina nih. dikatakan pernah terjadi kes bunuh kat situ tpi dinafikan oleh pihak uni. tak taulah aku betul ke tak.

semua kisah seram nih aku dengar2 jela dri mulut org. aku tak pernah kena sakat pon huhuh

tapi kat jirat cina tu aku pernah lepak2 ngan kawan kira2 pukul 12mlm. bukan kt tengah2 kawasan kubur tu tpi kat tepi jalan. tak de pulak nampak makhluk2 tu...mungkin dia segan kot nak tunjuk muka ahhaha

mungkin pakcik seekers boleh dtg sini. mana tau kalau2 menda alah tu nk tunjuk muka dia


youll never walk alone heheheeeeee

Merong Mahawangsa filem epik terhebat?

Industri perfileman tempatan bakal melakar satu lagi sejarah baru apabila filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) bakal ditayangkan di 72 negara melalui syarikat pengedaran perfileman terkenal, Epic Pictures yang berpangkalan di Los Angeles, California.

Antara negara yang bakal menayangkan HMM dengan menggunakan judul The Malay Chronicles: Bloodlines itu adalah Amerika Syarikat, Jerman, Eropah, United Kingdom, Russia, Kanada, China dan Australia.


Malah, kebanyakan peminat industri perfileman tempatan teruja untuk menyaksikan sejauh mana kehebatan filem epik pertama dan juga filem kelapan terbitan KRU Studios Sdn Bhd itu.

Seperti yang diketahui, pembikinan filem yang diadaptasi daripada prosa Hikayat Merong Mahawangsa meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah ini bukanlah satu kerja yang mudah untuk disiapkan, sebaliknya ia memakan masa lebih daripada dua tahun untuk disiapkan.

Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Manakala pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun.



Filem yang bakal menggunakan 70 peratus Bahasa Inggeris dan 30 peratus Bahasa Melayu klasik akan menunjukkan kehebatan empayar Melayu kurun ke-2 di Tanah Melayu.

Yusry turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

Dianggarkan 3,000 shot menggunakan teknik CGI.



Sinopsis

Pada tahun 120 sebelum Masihi, Empayar Rom ketika itu di bawah pemerintahan Hadrian sementara di negara China, Dinasti Han sebuah empayar yang kuat dengan memperluaskan pemerintahannya sehingga ke Asia Tengah.

Sewaktu angkatan Rom membaik pulih kapal mereka di Goa, mereka meminta pertolongan Merong Mahawangsa mengiringi Putera Rom ke Langkasuka (dikatakan terletak di utara Malaysia) untuk berkahwin dengan seorang Puteri China yang cantik dari Dinasti Han.

Bagaimanapun, puak lanun dari Geruda mempunyai perancangan yang berbeza.

Mereka memutuskan untuk menculik Puteri China dan menjadikannya sebagai tebusan. Di hujung perairan Selat Melaka, Merong Mahawangsa dan angkatannya diserang Geruda.