Kisah Misteri - Mati diserang 'Haiwan Misteri'

Kisah Misteri - Mati diserang 'Haiwan Misteri'



Dunia Seram 

28 Mei 2012 - Pihak Polis tidak menolak kemungkinan bahawa serangan binatang buas adalah punca kematian seorang Penggembala Lembu yang ditemui maut dalam keadaan mengerikan di ladang sawit Batu 54, Jalan Machap, Johor.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Mohd.Noor Mohamad, hasil bedah siasat ke atas mangsa, Arwah En.Mahadi sadri, 30, tiada unsur jenayah dan kematiannya diklafisikasikan sebagai mati mengejut.

"Bagaimanapun, kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di bahagian dada dan paha yang dipercayai digigit binatang buas. Oleh itu, kami tidak menolak kemungkinan wujudnya binatang buas kerana luka mangsa agak luar biasa.

http://seram-giler.blogspot.com/
"Berikutan kejadian itu, hari ini (29 Mei 2012), pihak kami bersama pasukan Unit Forensik daripada Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Kluang dan pasukan penguat kuasa Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) mengadakan tinjauan secara bersepadu ke tempat kejadian bagi mengesan petunjuk untuk menjejaki 'haiwan misteri' tersebut"

En.Mohd.Noor juga memaklumkan, MDSR akan melakukan operasi anjing liar di kawasan ladang berkenaan selain Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) yang sudah turut dimaklumkan tentang peristiwa tersebut.

Unit Forensik Temui Kesan Tapak Kaki & Bulu Wana Hitam

Sementara itu, operasi bersepadu dijalankan selama 1 jam,
bermula 12 tengah hari kelmarin (28 Mei 2012), di lokasi penemuan mayat.

Dalam operasi itu, pasukan Unit Forensik berjaya menemui kesan tapak kaki sebesar tapak tangan orang dewasa dipercayai milik binatang buas.


Pasukan Forensik mengambil sampel di tempat mayat ditemui.
Foto Kanan : Kesan tapak kaki yang ditemui di sekitar tempat kejadian

"Dalam pada itu, beberapa helai bulu binatang berwarna hitam juga ditemui di lokasi kejadian. Sampel bulu itu diambil oleh Unit Forensik untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi mengenal pasti jenis binatang berkenaan" terang En.Mohd.Noor

Menurut En.Mohd.Noor, seekor anak lembu juga dikesan mengalami kecederaan akibat diserang binatang buas tersebut selepas mayat mangsa ditemui kelmarin.


Polis dan pasukan Unit Forensik HSA melihat kecederaan anak lembu yang
dipercayai diserang 'haiwan misteri' yang juga menyerang Arwah En.Mahadi


Mangsa Tidak Pernah Diganggu Anjing Liar

Sementara itu, adik mangsa, En.Amanshah Sadri, 25, yang turut sama berada di lokasi berkenaan berkata, sebelum ini abangnya tidak pernah diganggu anjing liar ketika membawa lembu ternakan meragut rumput di kawasan ladang berhampiran rumah mereka.

"Malah, saya sendiri tidak pernah terserempak dengan anjing liar. Bagaimanapun, sejak seminggu lalu, berdekatan ladang tersebut, terdapat antara tujuh hingga lapan anjing yang baru dibela.

"Malah sewaktu mayat ditemui kelmarin, kami terserempak dengan tiga daripada anjing yang dibela itu berhampiran mayat abang. Anjing tersebut dipercayai jenis garang kerana langsung tidak berganjak apabila dihalau saya dan beberapa pekerja ladang lain" kata En.Amanshah

Bagaimanapun, beberapa penduduk yang ditemui mengakui pernah terserempak dengan harimau akar di kawasan hutan berhampiran ladang berkenaan.


'Suspek' bunuh En.Mahadi diburu

31 Mei 2012 - Satu operasi penghapusan anjing liar dilakukan susulan penemuan mayat En.Mahadi di ladang sawit Batu 54, Jln.Machap Johor, Simpang Renggam, Isnin lepas.


Polis menunjukkan tempat mangsa ditemui kepada anggota Perhilitan

Operasi yang dikendalikan Majlis Daerah Simpang Reggam (MDSR) dengan kerjasama Jabatan Veterinar, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan polis bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Setiausaha MDSR, En.Izhar Abu Sairin berkata, dalam operasi itu, hanya seekor anjing ditangkap, selain tiada penemuan binatang buas di kawasan berkenaan.

"Walaubagaimanapun, pihak kami akan sentiasa mengadakan operasi seperti ini sekiranya terdapat aduan di kawasan sekitar ladang sawit itu" kata En.Izhar

Menurutnya, sebelum penemuan mayat itu, pihak MDSR belum pernah menerima sebarang aduan daripada orang awam tentang anjing liar di kawasan ladang.

"Kebanyakan kes gangguan anjing liar hanya berlaku di kawasan perumahan dan ini adalah pertama kali diadakan operasi di kawasan ladang" kata En.Izhar

Sementara itu, pihak Perhilitan Negeri akan memasang perangkap untuk menjerat haiwan misteri yang dipercayai berkeliaran di kawasan ladang berkenaan.

"Pihak kami masih membuat siasatan dan kajian bagi menentukan jejak haiwan misteri yang ditemui di ladang berkenaan berikutan turut menemui jejak haiwan-haiwan lain termasuk jejak anjing, di sekitar lokasi kejadian"

"Buat masa ini, pihak kami masih belum dapat mengenalpasti jejak haiwan misteri sebesar tapak tangan manusia yang ditemui di sekitar lokasi berkenaa"

"Ini kerana Jabatan Kimia masih belum mengeluarkan laporan berhubung bulu berwarna hitam yang ditemui di tempat kejadian" kata En.Izhar

Sementara itu, ibu mangsa, Pn.Saniah Kahar, 67, berharap agar pihak berkuasa akan menyegerakan penangkapan 'haiwan misteri' yang telah membunuh anaknya.

"Kami sekeluarga sentiasa dalam keadaan tertekan dan bimbang untuk keluar rumah. Malah, anak makcik (En.Amanshah Sadri, 25) jiga tidak berani lagi untuk keluar bekerja seorang diri mengambil upah memotong sawit"

"JIka mahu keluar juga, dia akan meminta makcik untuk menemaninya. Makcik juga rasa takut dan bimbang selagi 'haiwan misteri' tersebut tidak ditembak atau ditangkap" kata Pn.Saniah


Polis Teruskan Operasi Mengesan 'Haiwan Misteri'

1 Jun 2012 - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang masih meneruskan operasi bersepadu bagi mengesan haiwan misteri yang dipercayai menyebabkan kematian Arwah En.Mahadi, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan En.Mohd.Noor Mohamad berkata, operasi bersepadu itu dijalankan bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR)

"Setakat ini hanya seekor anjing liar berjaya ditangkap dalam pemantauan oleh pihak Perhilitan dan MDSR, kelmarin"

"Namun, kita akan teruskan usaha menjejak haiwan misteri itu sementara menunggu laporan kimia berhubung kematian Arwah" kata En.Mohd.Noor

Menurutnya, setakat ini pihak polis masih belum dapat memastikan spesies binatang buas yang dipercayai menyebabkan kematian En.Mahadi Sadri yang ditemui di ladang sawit Jalan Machap, Johor pada Isnin lepas. 


Kisah Seram - B10 KISAH SERAM & MISTERI DARI MUZIUM MELAKA

Kisah Seram - B10 KISAH SERAM & MISTERI DARI MUZIUM MELAKA

KISAH 1

Kejadian ini berlaku di salah satu muzium di negeri Melaka. Muzium ini berbentuk kapal, pada masa itu aku kena stay up. Sudah 3 hari bahagian atas di tutup. Nak repair and nak ubah letak cara patung-patung dan repair lighting.
Aku sebagai kurator, nak tak nak kene tunggu kontraktor selesaikan kerja.
Jam 10 malam, Melaka lengang. Maklumlah, hari berkerja. Masa tu aku nak turun bawah. Nak keluar.
Dekat luar muzium, ala-ala macam tempat dek kapal aku pusing nak amik kasut dan pakai. Tiba tiba ada orang memanjat tangga.
Berpakaian segak, bertanjak, bertengolok dan bersongket! Naik dan lihat aku. Dan terus masuk dalam muzium!
Aku terus cabut! Tak tutup pintu. Tau dek bos, mati aku.
Pagi esok, aku first sampai. Terkejut tengok patung mannuquien Panglima Awang dan Ferdinand Magellan di luar muzium sedang melihat lautan! Maksud aku mengadap. Tangan Magelan menunjuk arah sungai Melaka. Cepat-cepat aku taruh ke dalam. Aku rasa macam Ben Stiller dalam cerite Night at The Museum.
KISAH 2
Ini kisah bersambung dengan kisah yang pertama.
Sejak kejadian itu, aku takut nak ke muzium itu. Tetapi apakan daya atas sebab kerja.
Suatu malam, aku terpaksa dan ini semua salah kawan aku, Ali yang tertinggal blue print di dalam. Bos nak blue print malam tu. Katanya nak tunjuk kat MB Melaka untuk mintak dana. Aku dan Ali segera. Masih awal kira 2 jam 1040 malam.
Ali ke dalam, aku tunggu luar. Aku nyala rokok dan tunggu.
PAPPP!!!
Bahu aku di tepuk! Belakang aku ada lembaga berbadan besar sama macam malam itu! Bertempik di telinga aku:
"Labuhkan sauhhh!!
Aku tertelan asap rokok dan terus berlari ke bawah. Sampai di bawah.elok je aku tengok Ali tunggu kt kereta
"Aku dah panggil ko masa keluar. Aku ingat ko dengar. Aku rasa seram, tu yang aku turun cepat"ujar Ali
Dalam hati aku menyumpah seranah 
KISAH 3
Hobi aku download movie dan jual pada teman ofis. Kadang-kadang siap amik job downlodkan cerita korea untuk kakak-kakak di opis. Hasil bleh dikatakan lumayan. Aku maksimakan kepandaian aku dalam bab komputer. Aku suka melepak dengan kawan aku yang menjadi Jaga/pak guard di salah satu istana
Eh. Silap. Muzium di negeri melaka, Besar muziumnya. Sebab utama, sebab situ wifi laju giler! dan aku tau pasword!
Malam tu, Adi, kawan aku tu ajak g ronda. Aku malas, tengah download dan kira-kira 5 minit, aku jadi bosan. Jadinya aku pun mencari Adi.
Kami berborak dan Adi ajak masuk dalam. Tiba di dalam, aku ni dari dulu nak pergi ke bailarung istana. Nak duduk kat kerusi sultan. Haha! Ada patung-patung sedang mengadap sultan konon-konon nak bagi ufti. Dah malam, aku masuk dan terus naik ke kerusi sultan.
Adi hanya senyum dan aku malam itu sangat cabul. Aku usap-usap rambut 'sultan' dan siap bertitah kononnya dengan delegasi dari Arab. Sambil aku memakai tanjaknya. Ketat, sudah dijahit mati.
"Beta tak nak matawang buaya kamu pak aji. Beta mahu Ipad dan telaga minyak. Hahaha" berdekah-dekah aku ketawa.
Sejurus dari itu, terasa ada angin sayup-sayup masuk ke perkarangan istana. Terus aku cuak! Dan tiba tiba ada suara seperti berbisik di cuping telinga aku
"Diperkenankan. Daulat tuanku"
Spontan aku tertolak mannuquien 'sultan' dan terjatuh! Dan tanjak sempat aku buang
Dan terus aku lari memanggil Adi. Dan sempat aku pandang ke belakang,
Perlahan-lahan 'Sultan' itu bangkit dengan sendiri. Seperti di bangunkan oleh tangan ghaib.
KISAH 4
Masih di tempat yang sama. Selepas kejadian itu, Adi mohon aku jaga tingkah laku. Aku akur dan download movie. Tiba waktu rondaan, aku memang follow Adi, takut!
Ronda
Kira kira 20 minit, kami terpaku. Di hadapan pintu keluar. Berselerak kepala kepala manuquien. Kepala patung dan dapat aku lihat kesemua patung dalam tu. Semuanya headless!
Cepat-cepat aku lihat Adi membaca ayat kursi dan terus menarik aku. Perlahan-lahan kami keluar. Tiba di bilik pengawal:
"Dah selalu ar aku kena Lan. Kurator bagi tahu aku, ada sesetengah baju yang patung tu pakai memang baju zaman-zaman diorang. Siap ada yang dibasuh sebab ada kesan darah dan ada yang dijahit sebab ada kesan tusukan tombak. Salah satunya, tanjak 'sultan' tu. Itu memang penah dipakai oleh tuanku sultan melaka.." Ujar adi
Dan aku memang terkedu mendengarnya.
KISAH 5
Malam tu aku download movie lagi. Nak cakap serik, tak jugak. Dah memang minat aku download. Padahal malam tu aku xde keje pun dalam muzium. Malam tu aku bawakan Adi KFC sebagai tanda terima kasih bagi aku lepak situ memalam.
"Bagusla ko datang. Takla aku sunyi sambil pelahap KFC" ujar Adi. Habis je makan, macam biasa aku teman dia meronda. Seram, tetapi kami buat tak tau je.
Sampai di bailarung istana tu, terkejut!
Kesemua patung-patung kepalanya mengadap ke belakang! Badan mengadap kami. Aku diam, rasa nak lari. Dan Adi suruh aku suruh betulkan balik. Katanya, ini keje aku utk jaga harta muzium dan pameran.
Adui! Perlahan aku melangkah tali keselamatan DILARANG MASUK. Aku terus ke patung 'Hang Tuah'.
Perlahan-lahan aku pegang kepalanya dan semasa nak pusing. Memang ketat. Dan tiba tiba, mata ni menangkap sesuatu. Seakan-akan senyum dan matanya ke arah aku!
Arghhhh! Lari!
Adi lagi best. Lari dulu.
KISAH 6
Serik! Aku selepas kejadian malam tadi yg pusingkn kepala tu. Kena pergi ke muzium TLDM. Ada barang baru nak masuk, so aku in charge.
Jam 2 pagi, aku keluar masuk. Yang sebenarnya nak push OT. Sedang leka aku membelek-belek handfon, bunyi kaca pecah.
Cepat-cepat aku ke dalam. Sebab dlu ada kejadian anjing liar masuk.abis kena samak. Siap jahanamkan barang
Alangkah terkejutnya aku sewaktu itu, bunyi itu datang dari tengah muzium. Dekat pameran uniform polis dari dulu hingga sekarang. Yang ada dalam balang kaca tu bukannya patung.
Tetapi ada 6 ekor pontianak berambut panjang sedang berdiri tegak.
Pantas! Aku lari! Panggil kawan, ajak teman.
KISAH 7
Setengah org suka bila bos arahkan utk outstation. Tapi aku suke. Tapi bila tahu kene buat ujian radiasi utk pameran keranda di muzium negara. Lemah badan aku. Tp seronok dapat jalan-jalan.
Tiba di KL, satu keranda pun tak ada. Diorang kata malam nanti baru sampai. Tiba waktu malam, satu-satu keranda di bawa masuk dengan berhati-hati. Yang bestnya, ada seorang senior kurator di duduk kat pintu masuk kami selia urusan pindah masuk keranda. Khusyuk membaca ayat Qursi serta ruqyah. Serius, kami yang ada di situ seram.
Die hanya senyum dan berkata, benda ni orang yang dah pergi. Benar. Masa aku buat radi. (Utk nak tengok berapa lama artifak ni wujud) memang ada yang sampai 100 tahun.
3 hari pembukaan, takda apa yang terjadi. Aku masih di KL. Esoknya, hari ke 4 kawan aku yang bertugas kena.
Katanya ada satu bilik tu. Kacanya asyik berkabus bila malam hari. Padahal tak pasang aircond dan yang best sampai nampak peluh-peluh kat cermin. Tetapi bukan sejuk, tapi panas!
Kawan aku masuk, dia kata macam dalam oven! Bilik tu panas, kami talakan kipas pun masih panas. Bila siang, tak ada pun berkabus tingkap cermin. Alih-alih, kami buat diam je. Oh ye. Itu keranda batu orang asli.
KISAH 8
Masih setting pameran keranda. Ketika itu kawan aku ronda-ronda. Lalu di kawasan keranda zaman-zaman England. Zaman Victoria. tiba tiba berdikit. Bunyi macam pintu kayu di selak.
Kawan aku paling terkejut. Ada objek perempuan berpakaian corset dan dress zaman-zaman Victoria. Masuk dalam keranda tu dan sempat senyum kat member aku. Katanya kawan aku. Muka minah tu macam dalam cerita The Adam Family.
KISAH 9
Malam tu malam minggu. Aku pulak yang terkena.
Malam tu aku lepak dengan senior kurator, Haji majid. HM dia ni memang dah lama dalam dunia muzium dan arkelogi. Masa zaman punggah PerakMan.dia pun ada.
"Aku ni lebih ke arah sudut-sudut kerohanian. Benda dalam musium ni. Ada yang berpenjaga. Aku tau semua. Sebab aku banyak kali jmpa."
KISAH 10
Last day aku di KL. Kena lagi malam tu. Masa tu ada HM. Macam biasa. Aku kene amik wuduk before nak sembang dengan dia.
"Senang nanti nak Yassin kalo jadi apa-apa"senyum je HM time bercakap hal ni. Masa nak pergi, kene lalu beberapa pameran. Selesai! 
Depan pintu toilet. Ada keranda batu. Yang di susun-susun. Ada tangan berdarah-darah terkapai-kapai dari celah batu. Aku terus lari. Dengan selamba HM tegur aku
"Hahaha. Ko panggil semua kat depan tu. Penat aku tiap4 malam agkat kubur batu malam-malam. Suke benor berjalan nya."
Aku menyumpah seranah dalam hati.
Ko kental Haji Majid
Ko kental! 
Diceritakan oleh The Flash.
Kisah Seram - Manusia hidup di Lima Alam yang berbeza

Kisah Seram - Manusia hidup di Lima Alam yang berbeza


 

Dunia Seram -
Segala puji bagi Allah S.W.T yang mana telah mencipta bumi dan langit, bumi itu pula berlapis, dan langit itu betingkat walaupun kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Begitu juga dengan manusia yang hidupnya itu akan melalui alam-alam, yang bermula dengan penciptaan datuk moyang kita Nabi Adam A.s hingga ke alam barzakh sebelum kita ke alam yang abadi iaitu kekal di Syurga.
Berapa alam yang manusia akan lalui sebenarnya?


Alam yang pertama

1. Alam yang kita lalui di sulbi ayah.
2. Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.

“Dan ketika Tuhan kamu menjadikan keturunanAdam dari punggungnya, dan Tuhan mengambil kesaksian dari mereka dengan berkata: Bukankah Aku ini Tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami menjadi saksi, bahwa kamu nanti di Hari Kiamat tiada dapat mengatakan, bahwa kami ini lalai dari perkara itu”
Surah Al-A’raaf ayat 172
http://seram-giler.blogspot.com/

Jelaslah di ayat ini, yang mana Allah S.W.T telah menyatakan kisah Hari Mitsaaq (hari perjanjian) yang mana kita – zuriat Nabi Adam A.s- telah pun berjanji untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah S.W.T

Alam yang manusia akan telah pun lalui di alam yang mana masanya sejak Allah Ta’ala mencipta Adam A.s dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya yang penuh keberkatan.

Alam yang kedua:

Alam yang kita menjalani hidup di dunia.

Ibnul jawzi telah membahagikan peringkat-peringkat umur itu kepada lima kategori:
1. Masa kanak-kanak: iaitu dari peringkat umur bayi hingga seseorang itu mencapai umur lima belas tahun.
2. Masa muda: iaitu dari peringkat umur lima belas tahun (15), hingga umur tiga puluh lima tahun (35).
3. Masa dewasa: iaitu dari peringkat umur 35 tahun, hingga 50 tahun.
4. Masa tua: iaitu dari peringkat umur 50 tahun hingga umur 70tahun.
5. Masa tua Bangka, iaitu dari peringkat umur 70 tahun hinggalah ke akhir umur yang dikurniakan Tuhan.

Mengapakah para Ulama telah membahagikan umur-umur manusia hingga sedemikan peringkat? Apa yang kita sebagai manusia -lebih lebih lagi umat Islam- dapat mempelajari dari pembahagian ini?

Kerana di alam yang kedua inilah -alam yang tidak kekal- alam yang manusia diminta untuk beramal dan diuji, amalan kita di ambil kira –dihisab- oleh itu, maka elok kita mengenal pasti peringkat mana yang harus kita mula mendidik dan beramal anak-anak kita. Bukan kah Nabi Muhammad S.A.W telah memesan umat Islam:
“Kedua kaki anak Adam itu akan tetapberdiri di hadapan Tuhannya pada Hari Kiamat, sehingga selesai ditanya tentang empat perkara”
1. Tentang umurnya, untuk apa dihabiskan.
2. Tentang mas mudanya, untuk apa dipergunakan.
3. Tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan.
4. Tentang ilmunya, apa yang sudah dibuat dengannya.

Alam yang ketiga

Di alam Barzakh, ketika kita di kubur.

Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.

Siksaan kubur

Siksaan Kubur adalah HAK iaitu benar, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah berpesan. Dan beliau telah mengkhabar pada umatnya, “Kebanyakan siksa kubur disebabkan tiada memlihara diri dari kencing.”

Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur.

Alam yang Allah S.W.T telah nyatakan dalam firmannya:
“Dan di hadapan mereka terdapat Barzakh, hinggalah ke hari mereka dibangkitkan.” (Al-Mu’minun: 100)

Di alam ini, walau jasad musnah – kecuali para wali-wali Allah S.W.T- ditelan bumi dek zaman, tetapi roh manusia itu kekal di alam Barzakh. Di alam yang mana manusia lalui antara alam Dunia dan alam Akhirat di masa antara dua tiupan.

Alam yang keempat:

Di padang Mahsyar

Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.

“ Dan ditiupkanlah pada sangkakala, maka mereka pun bangun dari kubur masing-masing, lalu dating kepada Tuhan mereka dengan berbondong-bondong.”
(Yasin: 51)

Mizan (Amalan ditimbang)

Di alam ini, umat manusia akan melalui saat genting, mereka akan menuju ke padang Mahsyar supaya amalan mereka dihitung oleh Allah S.W.T, bahkan amalan mereka akan di timbang, sebagaimana firman Allah Taa’la:

“ Dan neraca pada hari itu tepat, maka barangsiapa yang berat timbangannya (kebaikan), niscayalah mereka itu menjadi orang-orangyang beruntung. Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, niscayalah mereka itu adalah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka tiada mempercayai keterangan-keterangan Kami.” (Al-A’raf:8-9)

Di titian Shirath

Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jembatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.

a. Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath. Ada yang umpama angin. Ada yang seperti burung atau kuda.
b. Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung nereka.

Di telaga Nabi Muhammad S.a.w (Haudh)

Setelah terlepas dari titian Shirath, tatkala itu umat manusia yang beriman akan menghampiri Haudh (telaga) Rasulullah S.a.w dan sekali teguk saja segala haus dan dahaga akan hilang. –Supaya Allah mengurniakan pada kita seteguk dari cawan Rasulullah S.a.w- Air dari Haudh itu lebih putih dari susu, lebih manis dari madu.

Pesanan Rasulullah S.a.w

“Siapa yang melepaskan dari seorang Muslim satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, niscaya Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan dari kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Siapa yang menutup rahsia (keburukan) seorang Muslim, niscaya Allah akan menutup rahsianya di dunia dan akhirat.”

Dan marilah kita hayati kata mutiara dari Rasulullah S.a.w sebagai pedoman untuk kita tempuhi alam yang keempat ini, dan kita mengharapkan Syafaat dari Baginda S.a.w disaat itu sepertimana kita mengharapkan Syafaat serta Wasilah Beliau setiap kali kita membaca Doa azan, “Wahai Tuhanku yang memumpunyai seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan ini, berikanlah dengan limpahan kurniaMu kepada Muhammad Wasilah(kedudukan yang paling tinggi dalam syurga) dan keutamaan serta limpahkanlah kepadanya Maqam yang terpuji yang Engkau telah janjikanbaginya.”

Alam yang Kelima:

Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)

Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

Bukankah Nabi Muhammad S.a.w diutuskan untuk membawa rahmat untuk alam-alam, namun begitu ada yang telah mengingkari risalah yang di-utuskan oleh Allah S.w.t. Maka balasan buat oleh yang telah mendustakan Nabi dan tidak beriman, maka balasan mereka seperti tertera dalam Al-Quran:
“ Maka Aku memperingatkan kamu akan api yang bernyala. Tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang jahat. Yang mendustakan (kebenaran) dan yang membelakangkan.” (Al-Lail:14-16)

Telah Allah ciptakan neraka itu dengan mempunyai tujuh pintu. Sebagaiman yang tersebut di dalam Al-Quran:

“Neraka itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu daripadanya ada bahagian yang sudah ditentukan.

Nama-nama pintu dan tingkat neraka:

1. Jahannam 2. Saqar 3.Lazha 4.Huthamah 5. Sa’iir
6.Jahim 7. Hawiyah

Semua lapisan neraka yang tujuh itu telah diasak dengan berbagai-bagai penyiksaan yang berat, hukuman yang dahsyat serta penghinaan yang terkeji. – Kami memohon Allah Ta’ala, agar Dia melindungi kami sekalian dari siksaan api neraka dan melindungi datuk-nenek kita, kekasih-kekasih kita dan semua kaum Muslimin.

Syurga buat mukmin

Alam syurga yang mana telah dijanjikan buat orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Bukankah Allah S.w.t telah mengkhabarkan kepada kita : “ Dan pimpinlah orang-orang yang bertaqwa (memenuhi kewajiban) ke dalam syurga berbondong-bondong, sehingga apabila mereka mendatanginya, dibukakan pintu-pintunya, dan penjaga-penjaganya berkata: Selamat sejahtera untuk kamu! Kamu telah melakukan yang baik, maka masuklah kamu ke dalamnya buat selama-lamanya.” (Az-Zumar:73)

Syurga yang mana Nabi Muhammad S.a.w penah bersabda: “ Berfirman Allah Ta’ala: Aku sediakan untuk hamba-hambaKu yang saleh sesuatu yang tiada pernah:
a.dilihat oleh mata.
b. didengar oleh telinga
c. tiada telintas di hati sesiapa pun.

Nikmat-nikmat di syurga:
Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat-nikmat yang hebat diantaranya:

1. Mereka ahli syurga: bersandar di atas permaidani yang sebelah dalamnya diperbuat dari sutera.
2. Ada gadis-gadis sopan –santun, belum pernah disinggung oleh manusia dan jin, dan mereka itu bagaikan permata delima dan mutiara.
3. di syurga An-Naim: ada sofa yang bertatahkan emas dan batu permata.
4. Mereka tiada merasa pening kepala atau mabuk.
5. Bidadari-bidadari yang bemata bulat jelita.
6. Tiada matahari yang berhawa panas dan bulan yang berhawa dingin.
7. Air mata Salsabil.
8. Mereka memakai pakaian dari sutera halus.

Nikmat yang besar selepas masuk ke syurga:

Melihat Allah S.w.t

Syurga-syurga yang sediakan ini, ada lapan pintu, dan ianya berbeza dari satu yang lain dan antara satu darjat dengan darjat yang lain sama seperti antara langit dan bumi.Darjat yang paling tinggi ialah Syurga FIRDAUS yang mana diatas nya terletak Arasy Allah S.w.t dan orang-orang beriman tatkala itu dilimpahi berbilang-bilang nikmat, sehingga ditanya pada mereka: Apakah ada sesuatu yang lain yang kamu mahukan Aku tambahkan? Mereka menjawab:
a. bukankah Engkau telah memasukkan kami syurga
b. dan menyelamatkan kami dari api neraka?
Kemudian Hijab pun terangkat. Maka pada ketika itu, tiada sesuatu yang diberikan kepada kamu lebih utama daripada nikmat melihat kepadaWajah Tuhan Azzawajalla.

Cerita Seram :- Eksiden Dengan Hantu Di Jalan Jeniang - Sik, Kedah




 







Dunia Seram - Kisah benar ini diambil dari forum Gempak.. Selamat membaca..
Kisah ini berlaku sekitar 2008.

Semua yang diceritakan ini adalah benar, tiada yang tak benar melainkan benar-benar belaka.

Aku masih ingat lagi. Masa tu tahun akhir degree. Aku dan member sekolej di Kelantan terpaksa transfer kredit ke another kolej di Kedah untuk meneruskan perjuangan dalam pengajian agama. Kolej baru tu di Alor Setar. Korang tahu kan kolej apa. Terpaksa kerana pada tahun tu, kerajaan M'sia menutup pintu sambung belajar ke al-Azhar, Mesir dan menetapkan syarat2 baru yg lebih ketat. Beribu-ribu pelajar menerima khabar malang itu dengan sakit hati dan redha. Ok skip to da story.

Aku baru kali pertama jejak kaki ke Kedah. Bertolak dengan kereta kancil pagi-pagi lagi ke Kedah. Selesai sahaja urusan pendaftaran di kolej baru kira sebelah petang, malamnya ada kawan-kawan ajak balik rumah sebab ada seminggu lagi nak mulakan pengajian. Aku pun apa lagi, tengah malam tu jugak aku setuju untuk balik ke Kelantan semula. Tak tahu lah kenapa malam tu terus nak balik. Walhal badan tengah penat baru sampai dari Kelantan-Kedah.

Jam hampir pukul 12 malam. Dengan kancil cikai, ada aku dan 3 lagi rakan lain. Tapi awal-awal bertolak, aku tak drive. Aku bagi kat member lain drive. Aku rest kat belakang dengan sorang member lagi. Biarkan dua lagi kat depan tu sembang-sembang. Aku akhirnya terlelap dengan member sorang lagi kat belakang. Kroh kroh.

Sedar-sedar driver berhenti dekat sebuah kedai makan. Kalau tak silap, jalan tu namanya jalan Jeniang-Sik. Member nak buang air rupa-rupanya. Tapi oleh kerana ramai customer kat kedai makan tu guna tandas, si member ni ambik jalan mudah buang air kat tepi semak dekat kawasan gelap dekat situ. Dua-dua member kat depan buang air. Wallahua'alam dorang ni cuci dengan air ke tak. Okay, perjalanan diteruskan. Actually aku pun tak tahu sangat tentang jalan tu. Aku ingat kawan aku tu lagi tahu la kot dari aku. So aku biar je dia drive. Sekali lagi terlelap kat belakang dengan member. Sedar-sedar dah jauh sampai ke tempat yang gelap. Lalu jalan yang gelap tade orang. Rumah pun tade tepi2. Tak tahu kat mana. Aku tanyalah member, "kat mana?" Dia jawab dia sendiri pun tak tahu kat mana. Sepatutnya masuk satu simpang ni utk tembus ke Baling-Gerik. Tapi tak jumpa simpang/cabang tu. Aku pun suruh dia u-turn.

Ok. Time dia u-turn kete tu, tibe-tibe aku dan member kat belakang rasa seriau gile. Naik semua bulu2 roma kami berdua kat belakang. Aku tanya member kat belakang tu, dia rasa tak apa aku rasa. Dia kata dia pun sama. So kitorang sama2 baca ayat-ayat al-Quran senyap2. Perjalanan diteruskan..50KM rupa2nya kitorang tersesat ke jalan gelap tu. Jumpalah akhirnya satu simpang ni. Apalagi driver terus masuk. Tapi tambah cemas bila salah simpang la plak. Masuk jalan yang gelap gak. Aku pun tak sedap hati dah. Aku mintak tukar driver lak. Skang aku sendiri yang pandu kete tu.

Alhamdulillah, bila aku drive, jumpa lak simpang tu. Elok2 plak jumpa. Aku pun teruskan perjalanan melalui jalan simpang tu. Jalan shortcut sebenarnya simpang ni. Jalan kecik je. Ada la dalam 50km lebih gak kalau tak silap. Or 100Km ke jalan besar Baling - Gerik.
Tapi dengan izin Allah, jalan shortcut tu hanya ambil masa 5 minit sahaja ke jalan besar malam tu. Berpuluh2 KM boleh dapat 5minit perjalanan tak? Logik tak? Jika 10KM mungkinlah logik.

Dengan izin Allah juga, sampai je ke jalan besar, ketiga2 kawan terlelap padahal tadi duk borak elok2. Betul2 tdo. Kecuali aku.

Time tu hujan renyai2. Lampu tinggi kete kancil ni memang dah rosak awal2 lagi. Lampu standard je yang pasang. Memang kena bawa slow2 lah dalam keadaan hujan macam tu. Ingat lagi meter kete hanya takat 60 km/j atau kurang. Tak laju pun. Kete time tu lak sedang menaiki kawasan bukit. Memanglah takleh pecut.

Tiba-tiba....

Aku ternampak kelibat putih dengan banyak sekali di depan kete betul tak sampai 50 meter di hadapan kete tibe2 muncul! Apa lagi aku cuba brek kuat2 sambil pulas stereng ke kanan. Tapi gedegang!!!! Hancur remuk bonet kete aku. Terempuh jugak benda tu..Kawan2 semua tersedar terkejut. Bawak 60km/j tapi brek macam 140km/j. Logik tak? Tapi itulah kenyataannya.

Pintu kiri sebelah depan takleh buka lgsg. Lampu pecah. Tapi mentol dia elok2 terpasang. Lampu tinggi yang rosak tibe2 elok kembali. Nasib baik kete tak mati, boleh terus berjalan. Aku dah cuak dah. Takut2 terlanggar orang ke. Tapi aku tengok ke belakang. Memang tade apa2! Lembu ke binatang2 lain ke..takde pape!! Serius tade! Tapi kete aku rabak.

Perjalanan diteruskan dalam keadaan aku bingung. Tertanya2 pada kawan aku. Kawan2 aku tak nampak apa yang aku nampak. Dorang pun blur. Sampai di satu tempat, kami berhenti check kereta. Memang teruk gak lah kete. Kalau nak repair kena beribu gak la. Kami lgsg tak perasan kat mana kami berenti tu. Rupa2nya di belakang tu kubur Cina yang luas. Anda mesti perasan kalau lalu lebuhraya ni. Tapi kami tak perasan benda ni.

Perjalanan diteruskan gak. Sampai ke Tasik Banding, ingat nak rehatlah. Penat dan bingung. Tapi baru je nak rehat. Tak sedap hati. Tengok di side mirror macam ada something je kat belakang tgh renung kitorang. Tapi macam tadi gak, hanya aku yang perasan. Aku kata, teruskan je lah perjalanan. Tak payah rehat.

So aku teruskan perjalanan.

Jalan lagi dalam kepenatan. Tapi tak lama. Tak sampai setengah jam, kami berempat penat teramat sangat2. Nampaklah satu kontena trailer lama kat tepi jalan. Aku pun decide nak rehat tepi trailer tu je lah. Tu je kenderaan yang ada kat tepi jalan gelap tu. Tade kenderaan lain. Sekurang2nya ada peneman dalam hati ni kata. So, aku park kete dekat trailer tu. Padamkan lampu kete, tak matikan enjin, free gear dan tarik handbrake. Tak sampai 1 minit, keempat-empat tertdo..

Tibe-tibe...

(bersambung)

Part II

Kawan (1st driver) melaung2 nama aku. "Dee! kereta2!" Aku cepat2 bukak mata. Terkejut! Kereta jalan sendiri menaiki bukit!

Lampu tak pasang, gear masih free, handbrake masih tak turun. Tapi kereta jalan! Aku tengok kaki kanan aku bergerak sendiri hentak2 pedal minyak. Apa hal kaki aku ni?! Kete lak bergerak ke arah gaung. Aku kekalutan dan bersusah payah cuba stopkan kaki aku, nyalakan lampu dan akhirnya dapat kawal balik kete.
......


Skip cerita. Sampai kat rumah, after hantar semua kawan2 balik. Aku tertdo. Petangnya tibe2 ummi kejutkan aku. Ayah aku kena sampuk hantu meracau2. Suara dia dah bertukar jadi suara perempuan! Suara perempuan yang menengking2.
......

Skip cerita lagi. Akhirnya after ayah dah berubat. Aku dan kawan2 juga berkumpul kembali. 3 je berkumpul. Sorang lagi tak dapat datang sebab dia duk jauh. So berubatlah kitorang sebab bulu roma meremang tak turun2 dari pagi sampai petang. Semua muka pucat je. Tanyalah ustaz tempat berubat tu. "Ia" ada skang bersama2 kitorang. Ustaz tu pun berinteraksi lah dengan benda tu. Lalu dia cite la asal usul benda tu.

Ustaz tu kata pompuan tu asalnya wanita cantik, digilis trailer time nak lintas jalan kat simpang yg kitorang sesat tu. Jadi dia dendam pada manusia. Wallahua'alam. Skang rupanya mengerikan..pale sebelah hancur dan berdarah2 baju..

Then, after berubat dan ustaz tu hantar balik benda tu ke tempat asal dia datang. Kitorang ok balik. Alhamdulillah. Kalau tak, terasa berat badan dan tak sedap badan je.

Kami semua seram. Taknak lalu dah jalan Jeniang-Sik malam2.


Sumber


Kisah Seram -Kkisah hantu air





Dunia Seram - cerita ini memang dah lama aku nak kongsi dengan kengkawan...tapi biasalah bila dah busy ada ajer alasan tak sempat nak menulis...bila melawat blogs farid baru-baru ni, dia dok sibuk bercerita pasal hantu pocong...mula-mula aku ingat dia dok menari poco-poco kat lebuh raya seisi keluarga..rupanya jumpa pocong..keh keh keh...tapi takde laa seram sangat berbanding dengan cerita yang aku nak kongsi bersama ni...cerita seram ni berlaku kira-kira empat tahun yang lampau sewaktu aku tinggal di kuala lumpur...masa tu aku baru jer grade dan kerja sebagai pengajar di salah sebuah ipta di sana. nak dijadikan cerita aku masuk tidur awal pada malam tu. roommate aku - tok met, erwanita dan kamarul dah lama membuta...aku sorang jer lewat sebab nak kena habiskan beberapa kerja di ofis yang tak sempat disiapkan..pulak tu aku makan malam agak lewat so aku ambik laa kesempatan tengok dvd dulu sambil melantak...

sebelum nak masuk tido tu aku pi laa berus gigi dulu..biasalah kan, dah makan benda segala kena laa berus gigi sebelum tido...untuk menjaga kebersihan laa...keh keh keh..masa aku nak masuk bilik air aku dok tengok si erwanita punya laa lena sambil berdengkur kroohh krohhh krohhhh tak ingat dunia.. kalau hantu atau penyamun datang malam-malam buta nak kacau mesti tak jadik dan lari lintang-pukang sebab terperanjat...entah hapa-hapa laa...si tok met plak tido macam batang kayu...kalau dia tidur gaya godfather - sampai pagi laa jawabnya takkan berubah...macam tu laa jugak..si kamarul tu plak siket-siket terbangun jawab sms dari si kekasih hati si mas tu..(masa tu belum berkahwin lagi)...si mas tu sibuk dok tanya dah tido ke belom..kalau dah tido dah berapa lama? seminit, dua minit? aduhai, itu pon nak tanya ke? keh keh keh...

berbalik dengan kisah seram ni ...sorry laa terlalu banyak corner baring...tu yang terlupa dengan cerita seram yang aku nak kongsi ni...okay laa...lepas jer gosok gigi dan basuh muka dengan pencuci muka eversoft (menurut erwanita pencuci muka eversoft ni bagus sbb akan melembutkan lagi kulit muka kita) aku akan terus ke balkoni untuk mengelap muka sambil menikmati angin malam...tapi yang pelik tu kan malam tu sunyi dan sepi...aku tengok laa jam kat dinding - alamak rupanya dah jam 1 pagi..aku tak tidur lagi...esok ada kelas jam 10 pagi pulak tu..harap-harap larat laa aku bangun...tiba-tiba aku rasa seram sejuk...alamak kenapa jadik macam ni? takutnya..rupa-rupanya hari nak hujan...angin punya lah menderu-deru...patut laa sunyi dan sepi jer malam ni..semua orang tidor awal rupanya....mesti akan hujan lebat malam ni...

pulak tu langit kat luar pun mendung kelabu dan tak berbintang...mesti nak hujan laa tu - aku cakap dalam hati...boleh laa aku tarik selimut dan tido dengan selesanya...so, apa lagi aku terus laa pegi masuk bilik dan tarik selimut...tak lama lepas tu aku dengar hujan lebat turun kat luar...walaupun kami tinggal kat semi-apartment tapi dapat dengar dengan jelas hujan turun dengan lebatnya...yess...aku menjerit dalam hati...cuaca menjadi bertambah sejuk dan aku pun tarik selimut dan peluk bantal dengan eratnya...malam semakin larut..hanya ditemani dengan bunyi hujan dan kilat yang sabung menyabung...sesekali kelihatan dengan jelas silauan kilat memancar dari kaca tingkap...mujurlah si erwanita dah gantung beberapa kain hiasan kat tingkap so takdelah silau sangat...hampir satu jam berlalu...hujan di luar masih tidak reda...dan kilat dan guruh bersilih ganti... aku tiba-tiba terjaga bila terdengar bunyi orang merintih..ahhhhh....ahhhh....ihhhh...ihhh....alamak bunyi apa tu...bunyik macam orang menangis pun ada....bila dengar bunyik macam tu aku pun apa lagi meremang laa bulu tengkuk...menurut cerita mulut ke mulut orang-orang yang tingal kat kawasan perumahan ni, blok tempat kami tinggal ni memang keras....

dulu pernah ada orang terjun dari tingkat 13 bunuh diri...tiba-tiba kedengaran pula bunyi anjing bersahut-sahutan...menambahkan lagi keseraman yang ada...macam mana ni...peluh dingin mula mengalir di dahi dan tengkuk...aku membatukan diri... bunyi orang merintih tu semakin kuat...ihhhhh huhhh....aduhhhh...tolonggg....alamak...mintak tolong laa pulak...pernah aku baca buku cerita seram tok awang ngah dan tamar jalis tentang bagaimana orang yang membunuh diri tu bangkit semula dan mengganggu penduduk kampung kerana tak diterima bumi...biasanya roh yang bangkit tu akan mintak tolong dan menangis dengan syahdu..yer laa sebab roh tak diterima bumi kan...lepas tu boleh menjelma dan menunjukkan dirinya kat depan sesiapa yang dia suka nak mengacau...aku dah kecut separuh mati...dalam hati aku kenapa laa si erwanita ni tak berdengkur kuat-kuat lagi supaya suara orang merintih tu tak kedengaran...at least takde laa takut sangat aku ni...bunyi orang merintih tu semakin kuat...kali ni dari arah tingkap bilik aku...aku pejam mata kuat-kuat..disbbkan aku suka tidur menghadap ke tingkap aku tak dapat nak beralih ke tempat lain..yer laa takut laa jugak kot-kot hantu tu perasan aku dah sedar yang dia datang nak kacau kan...(aku buat assumption yang hantu tu dok terbang kat tepi tingkap sambil menunjukkan muka yang menggerunkan...apatah lagi dengan hujan dan angin yang menderu-deru...mata yang merah menyala dan rambut yang panjang berjela-jela...aku cuba menggerakkan sedikit kelopak mata...sebaba aku rasakan ada sesuatu yang bergerak-gerak dari arah tingkap...


dalam fikiran aku itu mesti kain hiasan yang erwanita gantung untuk menghalang sinar cahaya matahari...tapi ia bergerak-gerak macam tubuh manusia...aku pejamkan semula mata aku rapat-rapat...bunyi orang merintih semakin kuat....uhhh...uhh...aduhh....tolong....alamak dia mintak tolong laa pulak...aku dah kejang separuh mati..punya laa takut...kalau nak diikutkan, mahu sahaja aku menjerit kuat-kuat...aku dah mula rasa tak selesa...aku buka lagi kelopak mata...kali ni agak luas sedikit...betuk tekaan aku satu susuk lembaga hitam sedang berdiri dari arah tingkap...Ya' Allah....mulut aku terkumat kamit mebaca ayat-ayat suci...itu pun sampai tak betul tajwid..sesia jer aku pergi sekolah agama...ihfak hakiki ke mana, izhar halki pon ke mana...tapi tak kisah laa tu...yang penting ada bunyik arab...lepas tu aku dengar pulak derapan tapak kaki ke sana ke sini...macam mana ni...betul laa ni...ni mesti hantu hantu polong...kalau tak polong mesti jembalang tanah....aku bukak lagi siket kelopak mata aku...kali ni susuk lembaga hitam tu mengadap tingkap pulak...alamak apa pulak hantu ni nak buat? takkan dia nak ajak terjun dari tingkap...ni mesti hantu yang bunuh diri kat blok ni tu kot...?

kali ni hantu tu merungut pulak...'iskk..iskk...benci betul..benci..benci..' macam tu laa lebih kurang..agaknya hantu ni kecewa kot ditingalkan suami/isteri...tak tahu laa pulak aku jantina hantu ni...sebab gelap sangat...hujan semakin lebat...kilat dan guruh masih sabung menyabung..aku pun semakin kecut dan takut...perut aku yang kenyang makan nasik dengan tomyam kat gerai depan rumah tadi berbunyik-bunyik...terus jadik lapar sebab takut yang amat sangat....bunyik rintihan dari lembaga hitam tersebut masih kedengaran...kali ni lain pulak bunyiknya...'tolong....tolong..alamak macma mana ni...bodoh! bodoh! bodoh!'...eh lain macam pulak bunyik hantu ni...boleh cakap bodoh laa pulak....dan suara tu macam aku kenal jer...takpe laa....tutup laa jer mata...manalah tahu hantu tu nak menyamar suara orang yang aku kenal..nak kelirukan aku laa tu..tak guna punya hantu...

'haaa...alamak..tolong....shah...aku basah...tolongg.....' alamak..apa pulak tu...bunyi tapak kaki semakin kuat...agaknya hantu ni kena bunuh dalam sungai kot...tapi nak kata ada sungai, tapak tempat yang aku tinggal ni bukan sungai...lombong jauh sekali...'tolong...tolong...shah..wei bangunlah bengong..aku basah ni..' eh hantu ni macam mana pulak boleh tahu nama aku? setahu aku kad matrik aku dah simpan dalam wallet...mesti hantu ni educated..kali ni aku memberanikan diri dan bukak kelopak mata luas-luas...rupanya lembaga yang aku sangkakan jembalang tu si erwanita dok memunggah barang-barang dia ke tempat lain..bunyik orang merintih tu pon rupanya si erwanita yang dok menyumpah-nyumpah air hujan dok tempias masuk membasahi tilam dan buku-buku yang dia letakkan kat tepi tingkap..aku tak dapat nak tahan gelak...berdekah-dekah aku ketawa sampai tok met yang tido macam batang kayu tu pon bangun dan gelak sekali...tak lama lepas tu si kamarul pun bangun tolong punggah sekali barang-barang si erwanita...terus aku tak tido lagi lewat malam tu sebab kelakar yang amat sangat sampai aku tak boleh nak berhenti gelak beberapa hari yang berikutnya....sorry laa ya erwanita...nanti aku belanja ko makan kat umbai bila aku balik cuti nanti..kuang kuang kuang...