Cerita Seram - Di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis




2323089092_4b6965fbb4_b

Dunia Seram - Cerita Seram Di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis. Cerita seram seringkali kita terdengar di sesetengah hotel terutamanya di Hotel yang agak lama beroperasi namun beberapa bulan lepas aku berkesempatan untuk merasai sendiri pengalaman seram di hotel yang aku menginap selama 2 hari 1 malam ini.
Putra Brasmana Hotel yang terletak di Kuala Perlis ini merupakan salah satu Hotel 4 Bintang yang ada di Perlis selain Putra Palace Hotel. Dengan keadaan hotel ini bagi aku agak baru lagi memang sedikit mustahil untuk hotel ini berkeadaan misteri atau berpenghuni.
Namun semuanya berkemungkinan memandangkan kita sememangnya berkongsi Dunia ini bersama makhluk lain ciptaan Allah. Dengan lokasinya yang bertentangan dengan laut memang tidak mustahil perkara sebegini berlaku.

Masih aku ingat lagi bilik bernombor 303 di aras tiga dan bertentangan dengan Laut ke Langkawi memang mempunyai satu permandangan yang cukup indah, namun keadaan bilik dikala aku masuk agak mengecewakan apabila keadaan bilik tidak seperti taraf 4 bintang.
putrabrasmana

Perkara pertama yang aku perasan apabila mula-mula masuk ke bilik berkenaan adalah bau yang tidak menyenangkan seperti bau bilik yang sudah lama tidak berpenghuni. bau yang agak kuat menusuk hidung jugaklah…
Kemudian bila aku masuk ke bilik air bau makin kuat, kadang-kadang bau macam bangkai kadang-kadang bau macam sampah tapi aku kalau boleh tak nak ambil tahu pun, buat derr jer masa tu bajet berani lah katakan.
So aku keluar balik then abaikan jer semua bau tu, landing atas katil terus tidur sampai esok pagi. Akibat penat aku terus tak sedar apa tapi masa tidur tu econ macam tak berfungsi jer sebab panat sangat.
Keesokannya pun sama bau tetap tak hilang sampai lah masa aku nak check out. Masa nak check out tu saja jer aku duk atas katil sambil tengok tv nak check out masih awal lagi tiba-tiba aku rasa macam ada percikan air diseluruh tubuh aku, aku jeling jugak kat atap kot-kot lah ada bocor ke apa memandangkan kat luar tu hujan lebat tapi atap semua ok jer, x der pulak tanda-tanda bocor.

Dalam 5, 6 kali jugak aku kena percikan air tu, macam x sabar-sabar jer nak suruh aku blah dari bilik tu, masa tu waktu maghrib kot sebab aku tengok cerita Love You Mr, Arrogant.
habis jer Love You Mr, Arrogant aku terus blah dengan seribu tanda tanya….agak seram jugak bila aku fikirkan balik perkara yang berlaku sepanjang aku dalam bilik tu.
Lain kali memang confirm aku tak kan menginap di hotel Putra Brasmana lagi….Dari segi customer servis pun agak tidak memuaskan termasuk fasiliti yang disediakan oleh pihak hotel.




Artikel Terkait

Cerita Seram - Di Putra Brasmana Hotel Kuala Perlis
4/ 5
Oleh

Berlangganan

Suka dengan artikel di atas? Silakan berlangganan gratis via email